Marzuki Yahya (kiri) ketika merasmikan enam cawangan baharu Bersatu.
300 ahli Umno sertai Bersatu, 6 cawangan ditubuhkan serentak di Permatang Pauh
Dalam kesungguhan Umno dan BN untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, tiba-tiba usaha tersebut tergugat apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Permatang Pauh berjaya membuka enam lagi cawangan Bersatu khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya.
Penyertaan hampir 300 ahli ini membuktikan Bersatu semakin mendapat tempat terutamanya dikalangan orang Melayu.
Menurut Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya, kemasukan begitu ramai orang Melayu khususnya bagi Parlimen Permatang Pauh pada kali ini membuktikan Umno semakin hilang sokongan.
Enam ketua cawangan baharu Bersatu yang hadir majlis perasmian semalam.
“Secara jelas ia membuktikan Bersatu mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Sekaligus memperlihatkan kesungguhan Bersatu bersama-sama dengan PH untuk menyahkan Umno dan BN dari terus menguasai kepimpinan negeri maupun negara.
“Membiarkan Umno dan BN terus menguasai negara, akan menyebabkan lebih banyak kerugian kepada orang Melayu dan juga rakyat negara ini, ” jelasnya ketika merasmikan penubuhan enam lagi cawangan Bersatu bagi kawasan Dun Seberang Jaya semalam.
Beliau juga berkata, dengan penyertaan enam lagi cawangan pada hari ini iaitu cawangan Pauh Jaya, Taman Sutera, Taman Pauh, PPR Ampangan, Bandar Perda dan Tuna, Bersatu Pulau Pinang berjaya menarik lebih 11,000 ahli hingga kini.
“Dikalangan mereka yang menyertai Bersatu Dun Seberang Jaya pada kali ini, 80 peratus daripada mereka adalah ahli Umno yang telah sanggup meninggalkan parti lama mereka.
“Dengan kemasukan mereka membuktikan jumlah ahli Umno dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh semakin menguncup dan susut.
“Malah Bersatu dengan kerjasama PKR, AMANAH dan juga DAP mempunyai kerjasama erat dengan satu tekad untuk membebaskan negara ini dari cengkaman pemerintahan Umno dan BN, ” ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, membiarkan Umno memerintah akan memberi kesan yang lebih buruk sepertimana yang berlaku kepada tanah milik Felda yang hilang di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
“Sekiranya tanah milik Felda sendiri tidak dapat mereka jaga dan kawal selia dengan begitu baik, apa lagi yang boleh diharapkan kepada tanah-tanah orang Melayu yang masih ada.
“Tidak dapat dinafikan banyak lagi tanah-tanah milik orang Melayu akan menjadi mangsa kepada ketamakan pimpinan Umno sehinggakan terdapat tanah yang dijual tetapi tidak dalam pengetahuan pihak berkuasa.
“Oleh kerana itu katanya, orang Melayu harus segera sedar, tidak lagi lena serta bermimpi di siang hari,” tegasnya.
Tambahnya lagi, dalam PRU yang akan datang, Bersatu dan PH akan tetap mempertahankan Permatang Pauh dari dirampas oleh Umno dan BN maupun yang sekutu dengannya.
“Setakat ini telah jelas Bersatu mampu untuk menggantikan Umno bagi membela nasib orang Melayu dan hak-hak yang diperjuangkan.
“Begitu juga dengan komponen dalam PH tetap meletakkan aspirasi yang amat tinggi untuk menyahkan Najib dari kepimpinan kerajaan sedia ada.
“Hanya dengan mengundurkan Najib, Umno dan BN sahaja dapat menyelamatkan negara ini dari terus dibelenggu dengan seribu satu macam kekalutan yang amat merugikan rakyat sepertimana yang berada di hadapan mata, ” katanya.
MD.
0 comments:
Post a Comment