Friday, 29 December 2017

[Video Cina MCA depan sokong BN, tapi undi DAP] Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga.

Sabtu, 30 Disember 2017

Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga

 Beberapa pelanggan mula membeli barangan perhiasan bagi membuat persiapan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Disember, 2017.
Beberapa pelanggan mula membeli barangan perhiasan bagi membuat persiapan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Disember, 2017.

Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga

Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga

PARA peniaga barangan perayaan Tahun Baru Cina bersedia dengan jumlah jualan yang tidak memberangsangkan walaupun tempoh sambutan hanya sebulan setengah lagi.
Mereka berkata harga hiasan dan barangan makanan, terutamanya makanan laut kering, biasanya meningkat antara 10% hingga 20% setiap tahun, dan kali ini, ringgit yang lemah mungkin akan menjejaskan lagi jualan.
Seorang pemilik kedai di NuLycie yang menjual hiasan Tahun Baru Cina memberitahu The Malaysian Insight beberapa barangan terpilih terjual lebih baik berbanding yang lain daripada pelbagai hiasan seperti lampu, bunga plum, hiasan dinding dan kuplet.
Jika orang ramai hanya mampu berbelanja barangan yang lebih sedikit, mereka nampaknya memilih apa yang dipercayai memberi tuah, kata peniaga yang ingin dikenali sebagai Lai.
"Mungkin ia disebabkan kos hidup yang tinggi tetapi orang lebih sukakan barangan membawa tuah seperti kucing yang memberi nasib yang baik. Atau memandangkan 2018 adalah Tahun Anjing, barang atau imej anjing itu terjual laris," katanya.
Harga barang hiasan biasanya naik sebanyak 10% setiap tahun akibat kos bahan, kata Lai.
Ringgit yang lemah menyebabkan harga beberapa perhiasan lebih kecil naik, yang boleh berharga sekurang-kurangnya RM7, "lebih mahal daripada semangkuk mie di beberapa kopitiam".
Peniaga masih akan berusaha mengekalkan harga berpatutan untuk kekal berdaya saing, katanya, dan kedainya melakukan itu dengan menganjurkan aktiviti promosi untuk pelanggan dengan diskaun diberikan sebagai ganjaran.
"Dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), anda perlu membuat lebih banyak promosi atau perniagaan bertambah teruk," katanya.
Ringgit kini berada pada 4.06 bagi setiap dolar AS, lebih kukuh berbanding tahun lalu, menjadi mata wang kedua terbaik di rantau ini selepas won Korea Selatan tetapi masih jauh daripada tahap 3.4 sebelum ia jatuh pada 2015.
Di samping pertukaran mata wang, sumber negara bagi barangan tertentu, seperti makanan laut kering, merupakan faktor penting dalam menetapkan harga.
Permintaan terhadap makanan laut kering dari China menurun disebabkan kebimbangan mengenai barangan dan makanan palsu yang dikongsi di media sosial, kata seorang pekerja runcit di kedai makanan import dari China yang terkenal, Kwang Yeow Heng.
Syarikat itu mengurangkan beberapa import barangan dari China dan sebaliknya menjual kekapis dari Jepun; kupang kering dari Korea; timun laut dari Afrika Selatan Australia; serta ikan kering dari New Zealand. Jenis makanan laut yang lain juga diperoleh dari India, Indonesia dan Thailand.
Perubahan ini, seiring dengan permintaan, menyaksikan kenaikan harga makanan laut sebanyak 20%. Walaupun bekalan makanan laut sangat rendah, harga tidak akan bertambah banyak, kata pekerja itu.
Permintaan bagi makanan laut kering masih ada walaupun pelanggan mengurangkan jumlahnya, katanya.
"Apa pun keadaan ekonomi, kebanyakan orang Cina akan tetap inginkan barangan wajib ini. Mungkin mereka terbiasa membeli dua bahagian, tetapi kini mereka membeli satu sahaja.
"Atau walaupun dapat membeli kuantiti lebih sedikit dengan RM100, mereka tetap akan membelanjakan RM100 untuk Tahun Baru Cina."
Pada masa ini, perniagaan agak perlahan dan satu-satunya yang berbelanja untuk sambutan Tahun Baru Cina adalah pelanggan berada yang gemar berbelanja lebih awal.
Kebanyakan pembeli, kata pekerja itu, mungkin akan hanya membuat pembelian apabila menerima bonus tahunan mereka.
Begitu juga dengan pemborong barangan China, Chai Huat Hin Trading, perniagaan agak perlahan kerana makanan yang diimport lebih mahal tahun ini.
"Alasan paling utama adalah disebabkan oleh ringgit yang lemah. Barangan secara semulajadi akan naik harga, ditambah GST dan anda boleh menjangkakan kenaikan harga sebanyak 20%," kata seorang wakil syarikat yang menjadi pengimport dan pemborong selama 45 tahun.
Pekerja itu berkata Chai Huat Hin Trading mengimport kebanyakan barangan mereka dari pembekal sama sejak sekian lama di China.
Barangan lebih murah selalunya menjadi jualan paling laris Tahun Baru Cina seperti cendawan shitake kering.
Sejak beberapa tahun, barangan yang pernah popular seperti timun laut kering tidak begitu laris kerana "hanya orang tua yang membelinya, bukannya orang muda kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk memasaknya".
Sementara itu, pembuat biskut berkata, harga bahan yang lebih tinggi menyebabkan kos sebalang biskut Tahun Baru Cina naik sebanyak RM2 berbanding tahun lepas.
Kebanyakan peniaga di Jalan Petaling, Kuala Lumpur sudah mula menjual biskut untuk sambutan Tahun Baru Cina lebih awal bagi menampung jualan yang perlahan disebabkan kenaikan harga barang mentah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Disember, 2017.
Kebanyakan peniaga di Jalan Petaling, Kuala Lumpur sudah mula menjual biskut untuk sambutan Tahun Baru Cina lebih awal bagi menampung jualan yang perlahan disebabkan kenaikan harga barang mentah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Disember, 2017.
"Harga satu balang biskut secara purata antara RM18 hingga RM28 sekarang. Ia kira-kira RM2 lebih tinggi berbanding tahun lepas kerana kenaikan harga bahan," kata Huang Wei Wei yang menjual biskut buatan sendiri di gerai mi dan yong tau foo di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Produk terlaris mereka adalah kuih goreng dengan inti kacang manis.
Untuk mengekalkan jualan, walaupun pada jumlah lebih rendah daripada sebelumnya, mereka mula menjualnya seawal Oktober.
"Kami menjual awal, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh. Kita tahu apabila orang melihat biskut baru, mereka akan membelinya; pelanggan tidak semestinya perlu menunggu Tahun Baru untuk mendapatkan beberapa biskut," kata Huang.
Strategi ini nampaknya berkesan memandangkan gerai mereka, yang tidak mempunyai nama, mempunyai perniagaan yang mantap daripada pelanggan tetap yang menjadi pelanggan setia mereka selama lebih 10 tahun.
Kini, gerai dan kedai lain bersaing menjual biskut popular seperti biskut gulung dan dan tart nenas.
Seorang pemilik gerai yang mula menjual kek sejak Disember meletakkan harga lebih murah di antara RM13 dan RM18 bagi setiap balang, manakala yang lebih mahal adalah antara RM20 hingga RM23.
Harga ini adalah sama seperti tahun lepas, katanya, dan ketika ditanya bagaimana dia mengekalkan harga, dia menjawab:
"Saya mengurangkan kuantiti biskut dalam setiap bekas!"
Tetapi harga perlu dikekalkan, katanya, kerana persaingan yang sengit dan peraturan baru terhadap peniaga menghalang mereka mempamerkan barangan mereka terlalu jauh dari laluan pejalan kaki, sehingga sukar untuk barangnya dilihat pembeli sebagaimana sebelum ini.
"Perniagaan agak kurang baik berbanding tahun lepas, kerana sekarang kita tidak boleh memaparkan biskut dengan lebih jelas," katanya. – 30 Disember, 2017.
TMI.


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena