Saturday, 30 December 2017

[Video Saya Mungkin Tanding Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya] Dr Mahathir kata mohon maaf tak semestinya mengaku salah.

Ahad, 31 Disember 2017

Related image

Dr Mahathir kata mohon maaf tak semestinya mengaku salah

PENGERUSI Bersatu Dr Mahathir Mohammad berkata permohonan maafnya tidak bermakna beliau mengaku kesalahan yang dituduh terhadapnya selama ini.
Jelasnya sebagai orang Melayu beliau perlu merendah diri sekiranya percakapan dan perbuatan beliau itu menyentuh sensitiviti individu lain.
"Sebagai orang Melayu dan adat orang Melayu kita selalu mintak maaf, walaupun tidak tau apa yang kita buat salah.
"Sama ada saya mengaku salah ialah perkara lain. Tetapi kita perlu sentiasa merendah diri." kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Bersatu yang pertama di Shah Alam hari ini.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri daripada tahun 1981 hingga 2003, yang menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang pesat hingga diberi jolokan Bapa Pembangunan negara.
Bagaimanapun beliau digelar diktator kerana bergeser dengan hampir semua timbalannya termasuk Anwar Ibrahim yang dipecat dan kemudiannya meletuskan gerakan Reformasi pada 1998.
Dr Mahathir juga berkata, berkata permintaan maaf itu tidak hanya ditujukan kepada golongan yang tersinggung sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
"Saya minta maaf sepanjang saya berkecimpung dalam politik sejak 1945 lagi," kata beliau.
Dr Mahathir, bekas perdana menteri selama 22 tahun mengaku di hadapan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan para perwakilan parti bahawa beliau hanya meminta maaf sekiranya membuat salah sepanjang kerjaya politik beliau dan hanyalah seorang “insan biasa.”
“Saya, seperti manusia lain tidak mungkin sunyi dari berkata dan melakukan kesalahan bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.
“Saya pohon maaf terhadap apa jua kesalahan saya selama ini,” kata beliau dalam ucapan perasmian mesyuarat pagi tadi.
Pelbagai pihak termasuk sekutunya dalam Pakatan Harapan sekarang, pernah mengkritik Dr Mahathir yang langsung tidak mahu mengulas tanggungjawabnya dalam pelbagai perkara yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.
Tindakan itu termasuk penahanan beramai-ramai ahli politik semasa Operasi Lalang 1988 dan penyingkiran Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998. – 30 Disember 2017
TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena