SATU LAGI SKANDAL FELDA, APAKAH ISA SAMAD AKAN DICEKUP SPRM BUAT KALI KEDUA?
Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?
Harga getah dan kelapa sawit macam mana sekarang ini?
Bayaran bulanan hasil tanaman pula bagaimana, masih selalu lewat diterima seperti beberapa bulan sebelum ini atau sudah dibayar tepat pada waktunya?
Sarapan apa pakcik dan makcik Felda pagi tadi?
Sambil bersarapan pagi tadi, akhbar apa yang dibaca?
Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?
Harga getah dan kelapa sawit macam mana sekarang ini?
Bayaran bulanan hasil tanaman pula bagaimana, masih selalu lewat diterima seperti beberapa bulan sebelum ini atau sudah dibayar tepat pada waktunya?
Sarapan apa pakcik dan makcik Felda pagi tadi?
Sambil bersarapan pagi tadi, akhbar apa yang dibaca?
(Terkini - Isa Samad kini dalam perjalanan pulang ke tanahair dari luar negara. Beliau dijangka tiba di KLIA jam 10.30 malam ini. Apakah ada pegawai SPRM menantinya di KLIA nanti atau beliau akan dipanggil ke pejabat SPRM dalam sehari dua ini?)
Adakah pakcik dan makcik terbaca laporan seperti di atas mengenai tanah Felda di Jalan Semarak dikatakan sudah tergadai dengan bertukar hak milik sejak 2015 lagi?
Satu lagi skandal nampaknya berlaku dalam Felda setelah sekian banyak didedahkan sebelum ini, malah ramai juga yang ditangkap dan dipenjara sejak tahun-tahun kebelakangan ini berkaitan dengannya.
Sumber-sumber mengatakan tanah Felda itu dipindah-milik kepada syarikat pemaju yang membangunkan tanah tersebut dengan alasan untuk memudahkan mereka memperolehi pinjaman dengan pihak bank.
Tetapi, tidakkah tindakan itu ternampak pelik dan luar biasa kerana Felda adalah kepunyaan para peneroka yang membanting tulang pagi dan petang dan adakah syarikat pemaju itu begitu lekeh tarafnya?
Penat-penat pakcik dan makcik Felda membanting tulang mengusahakan ladang sambil setia kepada UMNO dan BN, akhirnya dengan mudah saja tanah yang dianggarkan bernilai RM200 juta itu dipindah-milik kepada sebuah syarikat lain.
Siapakah yang memberi kebenaran kepada pindah-milik tanah tersebut?
Adakah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda yang meluluskannya?
Adakah kelulusan itu dalam pengetahuan Najib Razak yang memang diketahui umum bahawa Felda adalah di bawah dagu dan jagaannya sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi?
Apakah Isa Samad sekali lagi akan dicekup oleh SPRM dalam waktu terdekat ini?
Kepada peneroka pakcik dan makcik Felda pula, masih mahu lagikah menyokong UMNO dan mengundi BN dalam PRU 14 akan datang? (ShahbudinHusin 21/12/2017)
0 comments:
Post a Comment