Saturday, 30 December 2017

[Video Ini Politik Sabah Kita Punya...Warisan BERTEMBUNG Umno di Sundang, Sabah] Pemimpin PBS lebih senang mengampu Umno daripada perjuang hak rakyat Sabah.

Ahad, 31 Disember 2017

Pemimpin PBS lebih senang mengampu UMNO daripada perjuang hak rakyat Sabah


Kegelisahan Parti Bersatu Sabah (PBS) – Barisan Nasional (BN) tidak dapat disembunyikan lagi apabila melancarkan serangan dan cemuhan terhadap manifesto Pakatan Harapan Sabah fasa dua yang dilancarkan di Keningau baru-baru ini.
Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun dilaporkan mendakwa kononnya manifesto itu hanya penuh dengan janji pilihan raya kepada penduduk luar bandar.
Bagaimana pun kenyataan tersebut ditempelak Ketua Penerangan HARAPAN Sabah Adrian Lasimbang yang menyifatkannya sebagai ‘takut dengan bayang-bayangnya sendiri’.
Menurutnya, PBS sebelum ini pernah memegang tampuk pemerintahan namun mereka gagal membawa perubahan bermakna dan menyeluruh kepada Sabah.
“Mereka pernah memegang tampuk pemerintahan namun masih gagal membawa perubahan khasnya untuk memperjuangkan hak orang sabah dan mengembalikan sumber yang diambil dari sabah agar dikembalikan oleh kerajaan pusat.
“Pakatan Harapan cuma baru melancarkan sebahagian daripada Manifestonya, tetapi Parti Bersatu Sabah sudah menggelabah,” kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah itu dalam kenyataan.
Penyelaras DAP Pensiangan itu turut menjawab dakwaan Mositon kononnya HARAPAN terpaksa melancarkan satu lagi manifesto untuk meyakinkan pengundi di Sabah.
Jelasnya, manifesto HARAPAN Sabah tersebut dilancarkan secara berperingkat di mana pelancaran fasa kedua di Keningau baru-baru ini hanya menumpukan perkara berkaitan kepentingan Orang Asal dan penduduk luar bandar yang telah gagal diperjuangkan oleh PBS dan parti komponen BN lain.
“Sebelum ini kita telah nyatakan bahawa Manifesto PH akan dilancarkan secara berperingkat.
“Kenyataan Mositun adalah satu kenyataan kosong yang hanya berniat ingin memesongkan perhatian rakyat terhadap kegagalan kerajaan BN dalam menangani masalah Tanah NCR yang menyebabkan banyak komuniti orang asal menjadi kuli di tanah sendiri akibat skim-skim tanah yang digunakan oleh BN untuk merampas tanah adat orang asal sabah,” ujarnya.
Malah dedahnya, tribunal tanah Adat yang terkandung dalam manifesto ini pernah telah ditolak  oleh Kerajaan Persekutuan apabila syor tersebut dicadangkan  oleh SUHAKAM melalui Inkuiri Nasional Berkenaan Hak Tanah Adat Orang Asal.
Selain SUHAKAM, tribunal itu juga pernah dicadangkan oleh Ketua Hakim Sabah Sarawak Yang Amat Arif Tan Sri Richard Malanjum namun tetap tidak dipedulikan kerajaan BN.
“Malangnya Kerajaan BN langsung tidak mempedulikan cadangan ini yang mana besar kemungkinan akan mendedahkan bahawa ramai kroni mereka telah terlibat dalam kes perampasan Tanah Adat,” katanya.
Adrian berkata, sikap yang ditunjukkan Mositun itu mencerminkan seolah-olah pemimpin parti tempatan yang bersekongkol dengan UMNO tidak memiliki ‘imaginasi dan minda yang luas’ dan ‘tidak mampu berfikir kerana telah dikongkong oleh UMNO’.
“Inilah masalah dengan pemimpin Sabah khasnya pemimpin KDM. Mereka alpa dan sanggup membiarkan diri mereka terlalu dikawal oleh UMNO sehingga tidak mampu berfikir lebih maju ke hadapan dan hanya mampu untuk mengampu orang atasan mereka,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena