Thursday, 28 December 2017

[Video KISAH SERAM ECRL Apa patut rakyat tahu] Khalid simpati nasib abangnya Shahrir.

Jumaat, 29 Disember 2017

Image result for Gambar Khalid Samad dan Sahrir samad
Shahrir and Khalid Samad

Khalid simpati nasib abangnya Shahrir


Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad melahirkan rasa simpati beliau dengan nasib abangnya, Tan Sri Shahrir Samad yang kini terpalit skandal kehilangan hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
“Kesian abang saya. Sebenarnya, saya ada pesan padanya supaya berhati-hati, jangan sampai imejnya terpalit hanya kerana menangani satu biawak hidup sedangkan dia ikhlas untuk membantu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Kata Khalid, abangnya mempunyai “imej yang baik” dan kini beliau digunakan untuk “menutup kerosakan yang berlaku” dalam Felda.
Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Bahru dilantik menjadi pengerusi Felda awal tahun ini, menggantikan Tan Sri Isa Samad.
Shahrir baru-baru ini memberikan jaminan akan memulihkan Felda daripada pelbagai kontroversi, termasuk isu pindah milik tanah dipercayai bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir, 68, merupakan abang kepada Khalid, 60 yang mana kedua-dua mereka mempunyai pegangan politik berlainan, satu dalam BN dan satu bersama Parti Amanah Negara (AMANAH).

Namun, Khalid berkata walaupun berbeza parti, mereka tetap mempunyai hubungan baik.
“Kita memang berbeza fikiran, pandangan dalam hal politik tapi tidaklah sampai nak bermusuh, cara selamat, kalau jumpa tak perlu bincang soal politik.
“Ya, ada masa memang berbeza pendapat, bergaduh tapi tiada yang simpan dalam hati pun atau nak jatuhkan sesama sendiri,” katanya dipetik Sinar Harian.
Pada 21 Disember lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang 'diragui' sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Berikutan itu, Jumaat lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah itu.
malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena