Tuesday 19 December 2017

[Video Lagi Laporan Polis Isu Kehilangan RM160 Billion Semasa Najib jadi PM] Sokongan Melayu kepada Umno dan Pas merudum.

Selasa, 19 Disember 2017
Image result for Gambar 1MDB dan penyamun

Image result for Gambar 1MDB dan penyamun
Najib Razak kata 1MDB tidak guna dana rakyat.

Sokongan Melayu kepada Umno dan Pas merudum

Sokongan Melayu kepada Umno dan Pas merudum

Kajiselidik terbaharu Invoke Malaysia mendapati sokongan Melayu terhadap Umno dan Pas merosot teruk dengan Umno menerima 41% sokongan manakala Pas hanya mampu meraih 14% sokongan Melayu berbanding 25% pada kaji selidik yang dilakukan Jan lalu.

Ketika membentangkan hasil kajian itu, pengasas Invoke yang juga ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, dapatan daripada kajiselidik itu menunjukkan hanya 41% dari pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi Umno jika pilihan raya umum berlangsung dan berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Sekitar 50% dari pengundi Melayu yang akan mengundi Umno bersetuju bahawa GST membebankan dan menyokong jika ia dihapuskan.
“Ini bermakna tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno akan terus merosot kerana pengundi Umno pun merasa tekanan kos sara hidup,” ujarnya.
Pada masa yang sama, jelas beliau tahap sokongan pengundi kepada Pas  jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan dengan hanya 14% pengundi Melayu menyatakan akan mengundi Pas dalam pertandingan 3 penjuru berbanding 25% dalam kaji selidik yang sama pada Januari 2017 yang menyaksikan penurunan drastik  11%.
“Tahap sokongan pengundi Melayu kepada Pas dijangka terus merosot dalam bulan-bulan akan datang.
“Daripada 14% pengundi Melayu yang menyatakan akan menyokong Pas, hanya 21% tidak akan keluar mengundi sekiranya Pas tidak bertanding. Sebahagian besar pengundi Pas memilih untuk menyokong PH jika hanya PH dan BN bertanding, iaitu sebanyak 51% mengundi PH berbanding 28% yang akan mengundi BN.
INVOKE menjalankan dua jenis kaji selidik kecenderungan setiap bulan iaitu:
  1. Kaji selidik kecenderungan pengundi untuk mengenal pasti sentimen pengundi di seluruh negara melibatkan 5,000 orang pengundi berdaftar yang dipilih secara rawak oleh sistem komputer;
  2. Kaji selidik kecenderungan pengundi di kerusi-kerusi marginal yang akan menyaksikan saingan sengit di antara BN dan PH, melibatkan 1,500 orang pengundi berdaftar di setiap kerusi marginal.
Kaji selidik nasional dijalankan pada 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017.
Kajian ini dijalankan di minggu pertama setiap bulan dan keputusannya digunakan oleh Invoke untuk menambahbaik profil 14 juta pengundi yang digunakan untuk mengenal pasti pengundi atas pagar yang dihubungi oleh sukarelawan Invoke.
Sokongan Pengundi Cina dan India
Rafizi berkata, tahap sokongan pengundi Cina kepada PH telah kembali ke paras 2013 iaitu melepasi 80% dalam bulan Disember 2017 manakala tahap sokongan pengundi India juga telah kembali kepada paras 2013 dengan 60% berpihak kepada BN dan 40% kepada PH.
Beliau berkata, tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno lebih parah di negeri-negeri marginal utama iaitu Kedah dan Johor.
“Hanya 31% pengundi Melayu di kerusi parlimen Kulim Bandar Baru dan Merbok memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru. Ini membayangkan tahap sokongan Melayu di Kedah kepada Umno adalah lebih rendah dari tahap nasional
“Begitu juga di Johor – hanya 30% pengundi di Johor Bahru memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru. Angka tersebut konsisten dengan kajian Institut Kajian Asia Tenggara  (ISEAS) Universiti Nasional Singapura (NUS) yang mendapati tahap sokongan pengundi Melayu seluruh Johor kepada Umno hanyalah 35%, bermakna tahap sokongan di kawasan bandar seperti Johor Bahru adalah lebih rendah, ” ujarnya.
Malaysia Dateline

2 comments:

Unknown said...

Di harapkan para pengundi ME-layu terus peka akan kesengsaraan kehdipan Rakyat gara gara GST dan hutang yang mengunung yang di lakukan oleh 1MDB. Tahun depan bila persekolahaan bermula perhatikan lah kesengsaraan ibu bapa yang terlibat. Selain dari itu mereka "WAJIB" peka akan kemaraan THE RED CHINA di Negara ini. Belajar dari Negara Negara yang telah terjadi di sebab kan kemaraan Mereka.

kertia said...

Bosan main poker sama ROBOT? Kapan untungnya?
Kini Hadir Game Terbaru ===>> GAME SAKONG
Mari.. bergabung bersama kami di ROYALQQ, main poker tanpa Robot 100% player vs player.
Deposit Minimum Rp. 15.000
www,royalqq,poker
Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI
add 2B68D666

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena