Wednesday 27 December 2017

[Video "Inilah perangai UmnoBN!" Najib tiada pilihan akan kambing hitamkan Isa Samad] Kabinet Melayu Islam: Hanya agenda Pas bukan PH atau BN.

Rabu, 27 Disember 2017

Tanah tapak ibupejabat pun boleh hilang? 
Che

Kabinet Melayu Islam: Hanya agenda Pas bukan PH atau BN

Tidak timbul mana-mana pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN) membangkitkan jawatan penting dalam ‘kabinet eklusif’ hanya disandang untuk kaum Melayu Islam sahaja, kata, Ketua Amanah Putrajaya Kamal Koh.

Beliau berkata, tulisan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam portal rasmi partinya yang memperjuangkan Islam itu, pada Jumaat lalu, mempunyai motif sebaliknya yang hanya diketahui oleh Ahli Parlimen Marang itu.

“Tidak timbul jawatan penting dipegang oleh bukan muslim di negara ini. Kenapa Tuan Guru (Abdul Hadi) sentuh isu ini? Setakat ini tiadalah DAP bangkitkan isu ini, MCA pun tidak bangkitkan, Gerakan tidak bangkitkan isu ini langsung.
“Ini Tuan Guru membangkitkan satu isu yang mana rakyat Malaysia sudah sedia maklum sekian lama bahawa perdana menteri, menteri pendidikan, menteri kewangan, menteri pertahanan dan lain-lain menteri kabinet adalah orang Melayu Islam,” ujarnya ketika ditemui  Malaysia Dateline  di Putrajaya hari ini.
Kamal Koh
Beliau  diminta mengulas mengenai tulisan Abdul Hadi yang disiarkan di portal rasmi Harakahdaily, pada Jumaat lalu, yang antara lain menyebut:”Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh. Pemimpin bukan Islam di bawah kerajaan Islam masih boleh menganggotai kabinet, tetapi bukan dalam membuat dasar.”
Kamal yang juga  Ahli Jawatankuasa Persatuan Cina-Muslim Malaysia (Macma) ini berkata, lagi, jika meletakkan hanya Melayu Islam sebagai barisan menteri kabinet ia pastinya bersangkutan dengan khilaf ulama.
“Kalau berkaitan agama pun ulama bertengkar bagi pelbagai pandangan mereka. Kalau orang bukan Islam mempunyai satu kelebihan ilmu, jika diberikan amanah untuk laksanakan dasar sedia ada, sekiranya Islam sebagai dasarnya tanpa tersurat dan tersirat negara ini akan ditadbir dengan dasar Islam, semua menteri kabinet akan patuh, walaupun dia bukan Islam kerana dasarnya begitu.
“Jadi dalam politik ada seninya yang mana ada perkara yang tidak semestinya dinyatakan terus terang.
“Jadi itulah… saya rasa sebenarnya Tuan Guru Presiden tidak perlu timbulkan isu ini.
“Apa tujuan dan maksud Tuan Guru itu dan apa motifnya? Adakah untuk dapatkan sokongan orang Melayu Islam atau untuk cuba menyindir PH kononnya jika PH memerintah orang bukan Islam yang mungkin akan memegang jawatan menteri kabinet?,” soalnya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan semalam dipetik  berkata, langkah sedemikian bercanggah dengan berperlembagaan dan akan memecahbelahkan negara.
Semalam dalam satu kenyataan Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hassan mendakwa beberapa media telah salah memahami tulisan Abdul Hadi berkaitan dengan ‘ kabinet Malaysia hanya boleh dimonopoli orang Melayu Islam sahaja’.
Sedangkan kata Nasruddin, tiada satu pun ayat dan huraian yang dibuat oleh Presiden Pas dalam artikelnya yang menyatakan bahawa semua anggota kabinet mestilah terdiri dari kalangan orang Melayu Islam.
Manakala Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sependapat tulisan Abdul Hadi salah ditafsirkan.  Kata Tuan Ibrahim, apa yang dimaksudkan Abdul Hadi ialah “Melayu-Islam perlu memimpin di dalam konteks politik Malaysia, sementara bukan Islam diterima untuk memerintah bersama di dalam bidang-bidang kepakaran dan pengurusan.”
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena