Wednesday 27 December 2017

[Video Pas Hadi Sanggup Terima Dedak RM90 juta Najib Umno & Tipu HUDUD] Hanya tahu AMANAH, Pakatan Harapan wujud selepas terima bantuan.

Khamis, 28 Disember 2017

Image result for Gambar Umno sapu duit rakyat

Hanya tahu AMANAH, Pakatan Harapan wujud selepas terima bantuan

Kebanyakan masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah di utara tanah air tidak mengetahui perkembangan terbaharu politik pembangkang termasuk penubuhan AMANAH dan Pakatan Harapan.
Hal tersebut diakui Ketua AMANAH Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim selepas mengagihkan sumbangan bantuan beg sekolah kepada 155 murid daripada keluarga miskin semalam.
“Rata-rata penerima bantuan beg sekolah tahun ini adalah mereka yang belum mengetahui apa-apa berkenaan kewujudan AMANAH dan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas sumbangan menjelang pembukaan sesi sekolah itu, beliau memberitahu seramai 167 orang tidak dapat hadir di Pejabat Operasi AMANAH Sik untuk menerima bantuan tersebut disebabkan tiada kenderaan dan menoreh getah.
“Mereka yang tidak dapat hadir, AJK AMANAH Kawasan Sik akan menghantar beg sekolah bermula malam ini (semalam) mengikut alamat yang diberikan melalui ketua-ketua cawangan yang berdekatan.
“Walau bagaimanapun 64 nama yang didaftarkan telah ditolak oleh kerana nama-nama tersebut pernah mendapat baju sekolah dari AMANAH Sik minggu lepas,” ujarnya.
Sulaiman yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan itu juga berkata, AMANAH Sik memperuntukkan bantuan beg sekolah kepada dua anak yang bersekolah dalam satu keluarga bagi meringankan beban mereka.
“Jutaan terima kasih kepada Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh kerana hadir memberikan kata-kata perangsang buat penduduk Sik.
“Jutaan terima kasih juga kepada semua AJK dan Team ARiF kawasan Sik yang menyumbangkan tenaga bagi melancarkan perjalanan program,” tambahnya lagi.
AMANAH Sik sebelum ini dikenali aktif dalam melaksanakan aktiviti peduli rakyat seperti membina rumah Peduli Rakyat tiga bilik hasil sumbangan orang ramai.
Daerah Sik yang bersempadan dengan Baling, Kuala Muda, Pendang dan Padang Terap didiami majoriti masyarakat berpendapatan rendah dengan rata-ratanya bekerja mengambil upah menoreh getah dan mencari tumbuhan hutan untuk dijual.
Lokasi kediaman sebahagian penduduk yang terletak jauh di pedalaman juga menyaksikan masih terdapat antara mereka yang bergantung pada air bukit dan menggunakan pelita minyak tanah atau lampu kabaid.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena