Friday, 22 December 2017

[Video ANGKARA SIAPA! Saham FELDA tinggal RM1.60 sahaja & Felda Hilang Hak Milik Tanah di KL!] Solidariti Baitulmaqdis: Umpan kecil untuk untung besar.

Sabtu, 23 Disember 2017


Related image

Map of Jalan Semarak, Kampung Semarak, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Solidariti Baitulmaqdis: Umpan kecil untuk untung besar

PERDANA Menteri Najib Razak tidak membuat apa-apa kejutan atau sesuatu yang luar biasa apabila beliau memilih untuk mempertahankan agamanya berbanding persahabatannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump.
Mana-mana pemimpin orang Islam di negara mana sekali pun kalau mahu diperakui sebagai pemimpin Muslim tentu akan melakukan hal yang sama pada bila-bila masa. Mengambil sikap yang bertentangan akan meranapkan cita-cita politik.
Mana-mana pemimpin Muslim yang berharap mahu meningkatkan imejnya sebagai pelindung agama dalam pilihan raya yang sukar yang majoriti pengundinya adalah Muslim tentu akan mengecam keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Mengambil sikap yang berbeza bermakna akan terlepas peluang meraih untung dalam kalangan pengundi Muslim.
Dan Najib tidak melepaskan peluang-peluang itu.
Maka, pada rapat umum membantah keputusan Amerika itu, beliau melaungkan: "Ya, saya disambut baik di White House. Ya, Donald Trump kawan baik saya... ya. Walau apapun, saya takkan gadaikan kesucian Islam."
Hakikatnya Najib tidak rugi apa pun.
Beliau meraih untung daripada lawatan ke White House untuk menunjukkan bahawa walaupun ada siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) terhadap rompakan ke atas 1Malaysian Development Berhad (1MDB), beliau merupakan pemimpin pertama rantau ini yang dijemput oleh Trump.
Lawatan itu membantu naratif bahawa pemimpin Malaysia tidak terjejas dengan skandal syarikat dana pelaburan berdaulat itu.
Tetapi untung daripada lawatannya itu hangatnya hanya beberapa minggu. Apabila Trump makin tidak popular di serata dunia, terutamanya di dunia Islam, hubungan Najib dengan presiden Amerika itu jadi tidak lagi menguntungkan. 
Pembangkang sudah mula menggambarkan Najib sebagai pendamping Trump yang tidak popular – gambaran yang boleh menjejaskan beliau di kawasan Melayu.
Keputusan Trump untuk secara unilateral mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel memberi Najib peluang yang baik untuk menjarakkan dirinya dengan pemimpin Amerika itu.
Maka Najib tidak membuat apa-apa kejutan atau sesuatu yang luar biasa apabila memilih untuk mempertahankan agamanya berbanding persahabatannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump.
Beliau melakukan apa yang wajar dilakukannya. – 22 Disember, 2017.
TMI

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena