Friday, 22 December 2017

[Video Kepala Bapak Kau] Hadi nampaknya semakin sedar PENYAMUN & KLEPTOKRAT bukan untuk didekati, tetapi lebih afdal untuk dijauhi.

Sabtu, 23 Disember 2017

BENARKAH HADI TIDAK HADIR KERANA BERKHUTBAH DI MASJID RUSILA?

Presiden Pas, Hadi Awang yang nama dan gambarnya sudah disebarkan  secara meluas serta digembar-gemburkan akan hadir dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis bersama Perdana Menteri, Najib Razak di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini, akhirnya tidak muncul dalam program tersebut.

Hadi sebaliknya hanya diwakili oleh anaknya, Khalil Hadi yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

Dalam hal ini, agak menghairankan juga mengapa Hadi tidak mahu dirinya diwakilkan oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan atau lain-lain penjawat kanan dalam Pas?

Mengapa mesti anaknya mewakili beliau, sedangkan yang hadir di pihak UMNO dan kerajaan ialah Najib, Zahid Hamidi dan beberapa menteri?
Yang lebih menarik, sudahlah Hadi tidak hadir, tiada seorang pun pemimpin  Pas lain turut serta, malah ahli-ahli Pas juga boleh dikatakan tidak ramai yang hadir dalam himpunan tersebut.
Difahamkan ketidakhadiran Hadi hanya disebabkan beliau menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila,  Marang, Terengganu.

Jika berkhutbah di Masjid Rusila merupakan alasan ketidakhadiran Hadi, sedangkan perkara itu hampir setiap minggu dilakukannya, apakah tidak boleh beliau menguzurkan dirinya sekali-sekala demi untuk Palestin dan  bagi menggembirakan hati Najib yang tentunya amat mengidamkan untuk duduk sepentas dengannya?

Tambahan lagi, ketika Zahid Hamidi mengumumkan kehadiran Presiden Pas itu bersama Najib dalam Himpunan Selamatkan Baitulmaqdis sejak lebih dua minggu lalu, sudah tentu persetujuan awal telah diperolehi daripada Presiden Pas itu.

Maka, bagaimanakah Hadi boleh tiba-tiba membuat keputusan tidak hadir?
Apakah beliau tidak menghormati persetujuan awal yang sudah diberinya sebelum ini?

Hadi tidak menyokong Palestin atau tidak mahu lagi dikaitkan dengan Najib yang semua orang di seluruh dunia tahu keburukannya?

Untuk mengatakan Hadi sudah mengendurkan dirinya dalam perjuangan Palestin barangkali tidak munasabah kerana kebersamaan beliau dan Pas dalam isu tersebut bukanlan baru, malah  sudah lama sebelum ini lagi.

Jika begitu, tindakan Hadi memutuskan untuk tidak hadir di saat-saat akhir, begitu juga tiada pemimpin kanan Pas yang turut memunculkan dirinya, tentunya kerana menyedari himpunan tersebut adalah serampang dua mata Najib, selain untuk Palestin, lebih bertujuan untuk mengaut laba politik demi kepentingan UMNO dan BN menjelang pilihanraya akan datang.
Selain itu, pastinya juga keputusan Hadi yang tidak disangka-sangka oleh Najib itu lebih bertujuan untuk menjaga hati ahli dan penyokong akar umbi Pas sendiri yang hakikatnya masih menolak serta sukar menerima Najib, UMNO serta BN dalam apa keadaan sekali pun.

Yang lebih pasti, Hadi kini nampaknya semakin sedar bahawa penyamun dan kleptokrat bukan untuk didekati, tetapi lebih afdal untuk dijauhi. (ShahbudinHusin 22/12/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena