Friday, 29 December 2017

[Video Buat Perubahan PRU14 Pulihkan Felda] 1MDB bayar hutang, adakah kepentingan rakyat terjaga?

Jumaat, 29 Disember 2017

Image result for Gambar Beban hutang 1MDB

Image result for Gambar Beban hutang 1MDB

1MDB bayar hutang, adakah kepentingan rakyat terjaga?

AKHBAR The Straits Times Singapura pada 27 Disember 17 dalam tajuk utamanya, "1MDB Malaysia menyelesaikan hutang Abu Dhabi dengan bantuan China", melaporkan bahawa A $602.7 juta telah diselesaikan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membayar Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC).

Ini adalah bayaran ansuran kedua daripada AS $1.2 bilion yang perlu dijelaskan sebelum akhir tahun. Menurut The Straits Times, hutang itu dibayar dengan melepaskan pegangan sahamnya dalam dua syarikat kepada pembeli yang dikaitkan dengan perusahaan milik negara China. 

Akhbar tersebut selanjutnya menyebut, "ia telah dibayar dengan dana yang diperoleh daripada penjualan pelaburan dalam instrumen kewangan yang dipegang oleh syarikat pelaburan Malaysia dan kepentingan dalam dua entiti yang berkaitan dengan 1MDB yang memiliki tanah di utara Pulau Pinang dan sekeping lagi tanah seluas 128 hektar di sekitar kawasan Pelabuhan Kelang". 
Sekiranya laporan The Straits Times ini adalah benar, maka ia adalah berita yang agak mengejutkan.
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa mereka yang bertanggungjawab mengesahkan atau menafikan apa yang telah dilaporkan. Benar atau tidak, penjelasan mesti diberikan.
Rakyat mempunyai kepentingan terhadap masa depan negara kita. Kerajaan kita tidak boleh terus membingungkan rakyat, kerana rakyat perlu dimaklumkan dalam isu penting berhubung negara kita, terutamanya apabila ia melibatkan penjualan tanah perdana (prime land) dan aset negara.
Sekiranya disahkan, perlu dijelaskan apakah bidang (parcel) tanah atau aset negara berkenaan dijual melalui proksi tempatan, dan siapakah mereka. Patriot seterusnya menggesa kerajaan-kerajaan  negeri yang terlibat, khususnya Selangor dan Pulau Pinang, agar terus berwaspada dalam pemindahan hakmilik tanah berkenaan. 
Akhbar The Straits Times juga melaporkan bahawa Abu Dhabi akan memulakan rundingan pada Januari 2018 dengan 1MDB berhubung AS$3.5 bilion yang masih dipertikaikan. Ini amat membimbangkan. Keputusan untuk menyelesaikan hutang luar negera ini tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan kita sahaja, kerana terbukti ia mengalami sindrom “defisit kepercayaan.”
Patriot merafak sembah dan merayu Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk ikut campur dalam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut berhubung hutang 1MDB.
Kami menyarankan agar jawatankuasa khas dibentuk, diketuai oleh gabernor Bank Negara, dengan keanggotaan ahli-ahli politik dari parti-parti pemerintah dan pembangkang dan pakar-pakar ekonomi terkemuka negara.
Jawatankuasa khas ini bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dan menasihati pihak kerajaan, perdana menteri dan menteri kewangan diwajibkan mematuhi cadangan yang dikemukakan.  
Rakyat Malaysia mempunyai kepentingan dalam isu penting ini. – 29 Disember, 2017.
*Mohamed Arshad Raji adalah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena