Wednesday 27 December 2017

[Video Apa FELDA Melayu Islam Miskin Dapat Bila Pas Bersama Najib Umno] Peneroka Felda Pagoh buat laporan polis kehilangan hak milik tanah Jalan Semarak'

Khamis, 28 Disember 2017

Related image

Peneroka Felda Pagoh buat laporan polis kehilangan hak milik tanah Jalan Semarak

Sekumpulan wakil daripada kawasan tanah rancangan Felda di Parlimen Pagoh mendesak mendesak satu siasatan menyeluruh yang telus dan adil dapat dilakukan dengan kadar segera terhadap dakwaan Felda kehilangan tiga bidang tanah bernilai RM270juta di Jalan Semarak.
Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Pagoh semalam yang diwakili empat wakil Felda iaitu Ramli Yahya dari Felda Sri Jaya; Md Noh Dol (Felda Maokil);Hamidon Adon (Felda Lenga) dan; Raziha Ahmad wakil wanita Felda dalam Parlimen Pagoh.
Laporan polis dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahril Abdul Samad dalam sidang medianya tergempar pada Khamis lalu susulan pendedahan dibuat oleh akhbar Berita Harian.
“Satu siasatan menyeluruh yang telus dan adil dapat dilakukan dengan kadar segera terhadap dakwaan kehilangan tanah Felda kerana ianya melibatkan kepentingan banyak pihak terutamanya peneroka-peneroka Felda.
“Sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar, mana-mana individu yang terlibat dalam salahlaku dan penyelewengan hendaklah di bawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan dalam undang-undang negara ini,” ujarnya kenyataan itu.
Turut hadir memberi sokongan adalah Timbalan Pengerusi PPBM Bahagian Pagoh Datuk Tahir Mohd Taat, yang juga merupakan Ketua Penerangan Bersatu Negeri Johor bersama barisan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Pagoh serta beberapa orang peneroka Felda dalam Parlimen Pagoh.
Pada 12 Disember lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan laporan yang menimbulkan tanda tanya berhubung urusan pindah milik tanah berkenaan.
Shahrir berkata, selain laporan polis yang dibuat pada 12 Disember, tindakan lain yang diambil adalah dengan mendaftarkan kaveat ke atas tanah tersebut, membatalkan surat kuasa wakil penuh (PA) yang dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terbabit.
Beliau berkata, Unit Kawal Selia Jabatan Perdana Menteri akan melantik juruaudit bebas bagi memulakan siasatan dalaman berhubung keseluruhan isu pemilikan tanah kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Beliau mendedahkan tanah-tanah itu merangkumi empat perjanjian jual beli dengan nilai keseluruhan RM269.78 juta bagi kawasan berkeluasan 6.57 hektar di Jalan Semarak, yang dibuat sejak 2015 hingga 2016.
MD.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena