Saturday, 30 December 2017

[Video The Iron Man Malaysia & Muhyiddin umum Tun M calon PM] Dr Mahathir kata Najib anggap orang Melayu bodoh.

Sabtu, 30 Disember 2017

Dr Mahathir kata Najib anggap orang Melayu bodoh

Dr Mahathir kata Najib anggap orang Melayu bodoh
Usaha asingkan orang Melayu dengan kaum lain dalam persempadanan semula merupakan satu usaha memperbodoh-bodohkan orang Melayu, kata Dr Mahathir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Disember, 2017.

PERDANA Menteri Najib Razak tidak pernah sayang pada orang Melayu dan menganggap kaum ini sebagai golongan bodoh dan mudah ditipu, kata Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, dakwaannya itu berdasarkan tindakan perdana menteri mengasingkan kaum Melayu dan kaum lain menerusi cadangan persempadanan semula yang baharu.
Jelasnya, pengasingan itu dibuat kerana Umno mahu bertanding di kawasan yang lebih ramai orang Melayu.
Namun beliau kecewa kerana ada kalangan orang Melayu berpendapat, ia dibuat dengan alasan perdana menteri sayang kepada orang Melayu.
Walhal, langkah itu merupakan satu usaha memperbodoh-bodohkan orang Melayu, kata Mahathir.
“Ada dari kita yang anggap tindakan mengasing itu (sebab) dia sayang orang Melayu.
“Tapi sebenarnya Najib anggap orang Melayu mudah ditipu, dia anggap orang Melayu bodoh," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Bersatu, di Shah Alam hari ini.
Beliau berpendapat, Najib juga melihat orang Melayu tidak dapat memahami skandal "berbilion ringgit" yang membelit kerajaan dan juga peribadi perdana menteri.
"Curi seratus dua mereka faham, curi ayam faham, tapi curi bilion ringgit konon orang Melayu tak faham," katanya.
Beliau telah berulang kali menuduh Najib dengan dakwaan mencuri berjumlah berbilion ringgit dari dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad.
Najib menafikan terlibat dengan kesalahan berhubung skandal tersebut, yang menjadi fokus siasatan di enam negara atas berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.
Dalam ucapannya hari ini, Mahathir mendakwa Najib juga terlalu bergantung kepada pengundi Melayu.
Negarawan berusia 93 tahun itu berkata demikian dengan mengaitkan usaha yang didakwa dijalankan untuk mengubah daftar pengundi.
Measyuarat agung pertama parti Bersatu dihadiri lebih 1,000 orang perwakilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Disember, 2017.
Measyuarat agung pertama parti Bersatu dihadiri lebih 1,000 orang perwakilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Disember, 2017.
“Kenapa saya kata begitu, bukan saja (Najib) ubah persempadanan tapi daftar pilihan raya (pun) diubah kali ini.
“Kita dapati rakyat tak berhak undi kawasan pilihan mereka atau tempat mereka. Mereka akan bawa (pengundi) dari satu kawasan ke kawasan lain dengan harapan orang Melayu akan disogokkan dan undi BN.”
Dewan turut dihangatkan dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa senarai daftar pemilih telah diseleweng ketika Pilihan Raya Umum Ke-13.
Katanya terdapat 30.9 juta senarai pengundi yang alamat mereka diubah dalam pilihan raya itu.
“Bermacam pertukaran dibuat. Ada 110 (orang pengundi) di rumah kosong, ada yang rumah tidak ada langsung, ada yang ada blok tidak ada rumah tapi ada pengundi.
“Ada rumah tidak ada jalan mungkin duduk atas angin ada nama yang sama tapi nombor kad pengenalan lain, hujungnya lain tapi duduk di kampung sama,” katanya disambut gelak tawa kira-kira 900 orang perwakilan.
Mahathir turut membangkitkan mengenai jumlah pengundi di Pekan yang didakwa bertambah mendadak pada PRU13.
“Keadaan di satu (Pekan), senarai di Pekan, pengundinya bertambah dari 1999 (35,832) tetapi 2013 (80,260) yang beri kelebihan undi kepada MO1," kata Mahathir.
Dengan sinis, beliau berkata pencapaian itu melayakkan Najib mendapat anugerah.
“Saya ingat kalau saya ada pingat, pingat Olimpik ke, saya nak bagi pada dia (Najib).” – 30 Disember, 2017

TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena