Tuesday, 19 December 2017

[Video Anakku Sazali & Hadi Sebagai PM?] 1MDB-MANA SATU BOHONG? Cikgu Azizan bebas, kes ditarik balik.

Selasa, 19 Disember 2017




Image result for Gambar 1MDB dan penyamun

Cikgu Azizan bebas, kes ditarik balik

Cikgu Azizan bebas, kes ditarik balik
Azizan Manap atau Cikgu Azizan melambai kepada orang ramai yang terdiri daripada guru dan keluarganya ketika di luar Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2017.

SEORANG guru, Azizan Manap yang sepatutnya dibicarakan hari ini atas tuduhan mencederakan anak muridnya, dibebaskan daripada dakwaan tersebut oleh Mahkamah Majistret Seremban.
Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas pendakwa raya menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut mengembalikan wang ikat jamin RM500 kepada tertuduh.
Azizan, 44, yang baru bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai merupakan penolong hal ehwal murid yang bertanggungjawab atas isu disiplin. Dia dituduh mencederakan anak muridnya yang didakwa terlibat dalam kes disiplin berat termasuk menghidu gam.
Kes ini menarik perhatian umum selepas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Jumaat lepas menggesa guru-guru hadir di mahkamah hari ini untuk memberikan sokongan dan solidariti kepada Azizan.
Perkarangan mahkamah hari ini penuh dengan kehadiran guru-guru yang menunjukkan sokongan kepada rakan sejawatan yang mereka sifatkan teraniaya kerana menjalankan tugas, sesuatu yang jarang dilihat dalam beberapa kes saman oleh ibu bapa terhadap guru sebelum ini.
Peguam Francis Pereira yang mewakili Azizan berkata Pejabat Peguam Negara boleh mendakwa semula individu yang dibebaskan tanpa dilepaskan.
“Ia biasanya untuk kes di mana tidak ada bukti pada peringkat ini atau mereka tidak bersedia untuk meneruskan perbicaraan.
“Tetapi dalam situasi ini, Pejabat Peguam Negara memberitahu majistret tidak ada perkembangan dalam kes itu dan berdasarkan perkara itu mereka mohon tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.
Pereira berkata Pejabat Peguam Negara tidak memberi sebab mengapa kes itu ditarik balik.
“Kes ini tidak ada lagi. Nampaknya tidak mungkin mereka akan buka dan caj semula guru ini,” katanya.
Kes itu ditarik balik sebelum kenyataan diambil.
Menurut kertas pertuduhan, Azizan didakwa mencederakan pipi kiri seorang pelajar pada 6 April kira-kira jam 7 pagi.
Insiden itu dikatakan berlaku di tempat perhimpunan SK Taman Semarak, Nilai.
Jika didapati bersalah, Azizan boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Kes Azizan ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menulis pelbagai komen dengan tanda pagar #PrayForCikguAzizan dan #AnakkuSazaliTidakAkanBerulang, merujuk kepada filem popular P. Ramlee bertajuk “Anakku Sazali” yang mengangkat tema pendidikan anak. – 19 Disember, 2017.
The Malaysian Insight. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena