Showing posts with label PENYAMUN JAGA FELDA. Show all posts
Showing posts with label PENYAMUN JAGA FELDA. Show all posts

Wednesday, 20 December 2017

[Video Tun M Ajuk Najib Menari! Hahaha...BILA PENYAMUN JAGA FELDA~Peneroka Tidak Mahu Di Tipu Lagi] Terkini SKENDAL FELDA (tergadai Hak Milik tanah)! Adakah Isa Samad akan di cekup SPRM buat kali kedua? Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?

Khamis, 21 Disember 2017


Image result for Gambar Isa samad ditangkap SPRM

SATU LAGI SKANDAL FELDA, APAKAH ISA SAMAD AKAN DICEKUP SPRM BUAT KALI KEDUA?


Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?

Harga getah dan kelapa sawit macam mana sekarang ini?

Bayaran bulanan hasil tanaman pula bagaimana, masih selalu lewat diterima seperti beberapa bulan sebelum ini atau sudah dibayar tepat pada waktunya?

Sarapan apa pakcik dan makcik Felda pagi tadi?

Sambil bersarapan pagi tadi, akhbar apa yang dibaca?
Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?

Harga getah dan kelapa sawit macam mana sekarang ini?

Bayaran bulanan hasil tanaman pula bagaimana, masih selalu lewat diterima seperti beberapa bulan sebelum ini atau sudah dibayar tepat pada waktunya?

Sarapan apa pakcik dan makcik Felda pagi tadi?

Sambil bersarapan pagi tadi, akhbar apa yang dibaca?
(Terkini - Isa Samad kini dalam perjalanan pulang ke tanahair dari luar negara. Beliau dijangka tiba di KLIA jam 10.30 malam ini. Apakah ada pegawai SPRM menantinya di KLIA nanti atau beliau akan dipanggil ke pejabat SPRM dalam sehari dua ini?)

Adakah pakcik dan makcik terbaca laporan seperti di atas mengenai tanah Felda di Jalan Semarak dikatakan sudah tergadai dengan bertukar hak milik sejak 2015 lagi?

Satu lagi skandal nampaknya berlaku dalam Felda setelah sekian banyak didedahkan sebelum ini, malah ramai juga yang ditangkap dan dipenjara sejak tahun-tahun kebelakangan ini berkaitan dengannya.

Sumber-sumber mengatakan tanah Felda itu dipindah-milik kepada syarikat pemaju yang membangunkan tanah tersebut dengan alasan untuk memudahkan mereka memperolehi pinjaman dengan pihak bank.
Tetapi, tidakkah tindakan itu ternampak pelik dan luar biasa kerana Felda adalah kepunyaan para peneroka yang membanting tulang pagi dan petang dan adakah syarikat pemaju itu begitu lekeh tarafnya?

Penat-penat pakcik dan makcik Felda membanting tulang mengusahakan ladang sambil setia kepada UMNO dan BN, akhirnya dengan mudah saja tanah yang dianggarkan bernilai RM200 juta  itu dipindah-milik kepada sebuah syarikat lain.

Siapakah yang memberi kebenaran kepada pindah-milik tanah tersebut?

Adakah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda yang meluluskannya?
Adakah kelulusan itu dalam pengetahuan Najib Razak yang memang diketahui umum bahawa Felda adalah di bawah dagu dan jagaannya sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi?

Apakah Isa Samad sekali lagi akan dicekup oleh SPRM dalam waktu terdekat ini?

Kepada peneroka pakcik dan makcik Felda pula, masih mahu lagikah menyokong UMNO dan mengundi BN dalam PRU 14 akan datang? (ShahbudinHusin 21/12/2017)

Read More

Monday, 4 December 2017

[Video BILA PENYAMUN JAGA FELDA~Peneroka Tidak Mahu Di Tipu Lagi & Kisah Peneroka Felda Cahaya Baru Teraniaya & Tertipu] Umno Selangor terdesak!

Isnin, 4 Disember 2017


Image result for gambar peneroka
1,000 Peneroka Bakal Saman Felda Lagi Isu KPG.

Umno Selangor terdesak, tidak relevan, kata pemimpin PKR

Kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mantan Menteri Besar Selangor dalam Konvensyen UMNO Selangor pada Sabtu cukup menjelaskan bahawa “Langkah Kajang” tidak silap, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
Beliau berkata, walaupun keputusan memecat Khalid sebagai menteri besar ketika itu adalah dianggap sesuatu yang tidak popular tetapi hari ini ia telah terbukti.
“Ketika itu ramai yang menentang keputusan tersebut tidak kira dari kem Kerajaan ataupun kem pembangkang sendiri. Tetapi hari ini segala-galanya sudah terbukti.
“Keputusan bekas MB Selangor itu untuk membantu BN kembali menawan Selangor pada PRU 14 akan datang disambut baik oleh Umno Selangor yang kononnya diyakini dapat merealisasikan angan-angan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ini berkata, walaupun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar sendiri mengakui kehadiran Khalid itu mampu membantu BN merampas Selangor kembali.
Namun persoalannya, mengapakah pimpinan Umno Selangor ujarnya, terlalu terdesak untuk menggunakan khidmat Khalid.
“Adakah pimpinan Umno Selangor sekarang sudah tidak lagi relevan dalam mendepani kebangkitan gelombang rakyat Selangor yang merasa cukup dipeduli oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang?
“Kami di Pakatan Harapan tidak sedikit pun merasa tergugat dengan perkembangan ini, malah ianya mencerminkan kelemahan yang amat ketara di dalam pentadbiran Umno Selangor dan menjelmakan perkara sebenar iaitu kurang keyakinan untuk merampas kembali Selangor.
“Kerajaan Negeri Selangor sudah cukup terbukti mengambil peduli denyut nadi rakyat dengan pelbagai Inisatif Peduli Rakyat sehinggakan rakyat negeri lain juga mencemburui kepedulian ini,” ujarnya.
Beliau turut berkata, dapatan kajian yang dibuat oleh kakitangan pejabat wakil rakyat Kuala Langat menunjukkan bahawa 89.2 % rakyat Selangor mahu kerajaan negeri sedia ada mesti dikekalkan kerana mereka mendapat pelbagai perkongsian hasil negeri yang cukup baik.

Malaysia Dateline.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena