Wednesday 24 December 2014

"BOM" Meletup Di Taman Ria Mesra, Gurun. Kedah

Khamis, 25 Disember 2014

UPDATE - "BOM" Meletup Di Taman Ria Mesra, Gurun. Kedah



Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun pada Rabu yang dipercayai akibat sejenis bom.

Letupan pada jam 4.30 petang semalam itu meragut nyawa seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, anak perempuannya Nur Idayu Shahira, 8, dan anak kepada jiran mangsa yang berusia 5 tahun Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal.

Difahamkan, impak letupan yang kuat itu menyebabkan Ayub tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya ketika mengesahkan kejadian itu berkata anggota tentera berkenaan dipercayai menyimpan sejenis bom di rumahnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut,” kata Nashir.

Sementara itu, isteri Ayub yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, dan seorang lagi anak lelaki mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, cedera parah.

Turut cedera parah ialah isteri kepada jiran keluarga mangsa, iaitu ibu Akif Lokman, Zuraidah Mat Rotbi, 30 tahun.

Semua tiga mangsa yang cedera parah itu dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Mayat tiga mangsa yang terbunuh juga dibawa ke HSAH.

Letupan itu turut menyebabkan 10 buah rumah berdekatan rosak teruk manakala 34 lagi mengalami kerosakan kecil akibat gegaran selain memusnahkan dua buah kereta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Shahabuddin sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian terutama kesan-kesan lubang pada dinding rumah terbabit.

Ahmad berkata pihaknya turut meminta bantuan daripada Skuad Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa lokasi kejadian kerana khuatir masih terdapat bahan yang boleh meletup di dalam rumah terbabit.

Sementara itu di media sosial, terutama melalui mesej aplikasi Whatsapp sudah mula tersebar berita mendakwa letupan berkenaan adalah daripada beberapa butir bom mortar yang dibawa balik oleh mangsa ke rumah dari tempat kerjanya di Kem Hobart, Gurun.

Letupan dikatakan berlaku disebabkan percikan api yang terhasil ketika anggota tentera yang terbunuh itu menggergaji sebutir daripada bom mortar berkenaan menyambar belerang dalam bom itu mengakibatkan ia meletup serta turut meletupkan baki bom mortar yang lain.

Mangsa juga dikatakan membawa balik bom-bom mortar berkenaan dengan meletakkannya di dalam bonet kereta bagi mengambil kelongsong bom yang diperbuat daripada tembaga untuk dijual.




BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena