Monday 22 December 2014

Terlajak larissss: Ferarri (Italy), Samsung (Korea), 'KONDOM'?...Malaysia le! Pontian menjadi pusat pengeluar kondom terbesar di dunia!

Isnin, 22 Disember 2014


BERSYUKUR.. dlm diam2 Najib Razak punyai idea yg sgt bernas utk menjana ekonomi negara yg lebih efisien di saat negara sedang menanggung hutang tertinggi dlm sejarah negara RM740.7 bilion..

SELURUH DUNIA TAHU :
Ferarri.. Italy..
Samsung.. Korea..
Ford Mustang.. Amerika..
Sony.. Jepun..

Tetapi SELURUH DUNIA AKAN TAHU :
Alat BERKHATAN... Malaysia 
KONDOM .. Malaysia
WARGA JOHOR PASTI GEMBIRA DAN BERASA MEGAH AKAN BERITA INI .... KILANG KONDOM TERBESAR DIDUNIA TERLETAK DI PONTIAN, JOHOR!
Ahmad Maslan.jpg
Member of the Malaysian Parliament
for Pontian, Johor


Siapa sangka di sebuah bandar kecil dan bekas penempatan kampung nelayan seperti Pontian mampu menjadi pusat pengeluar kondom terbesar di dunia!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, syarikatnya mengeluarkan tiga billion kondom setahun iaitu lebih banyak daripada mana-mana syarikat pengeluar yang ada di seluruh dunia. 

“Kami sangat teruja dengan permintaan kondom yang semakin naik di pasaran,” kata Goh.

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan warna kondom yang boleh diperolehi menerusi Karex serta tahap keselamatan kondom yang bakal dijual itu juga diuji terlebih untuk mengelakkan sebarang kebocoran alat itu di kemudian hari. 

Di kilang Karex yang beroperasi selama 24 jam, pekerja mengendalikan proses penghasilan kondom dengan dibantu mesin berteknologi tinggi selain ujian kebocoran turut dilakukan untuk mengelakkan sebarang kebocoran pada kondom keluaran mereka. 

Selain mengeluarkan kondom yang biasa terdapat di pasaran, Karex turut menerima tempahan khas daripada pelanggannya dan pernah satu ketika seorang pelanggan dari Eropah menempah kondom yang boleh bercahaya dalam keadaan gelap yang seakan-akan menyerupai pedang bercahaya Star Wars Light Sabre.

Lain-lain jenama kondom yang popular seperti Durex yang dipasarkan oleh syarikat dari Britain, Reckitt Benckiser dan Trojan yang dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Church & Dwight hanya memegang 25 peratus pasaran jualan kondom sedunia. 

“Ini adalah satu industri yang boleh berkembang maju dengan perkembangan 8 peratus setiap tahun, industri ini akan terus kekal dalam jangka masa yang panjang,” kata Goh lagi.SIAPAKAH AHLI PARLIMEN PONTIAN KALAU BUKAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA SENDIRI AHMAD MASLAN .... TAHNIAH!!! SEKURANG-KURANGNYA PONTIAN, JOHOR TERKENAL SELURUH DUNIA SEBAGAI PENGELUAR DAN PEMBEKAL KONDOM TERBESAR SEANTARO DUNIA . 

UMNO DI LAHIRKAN DI JOHOR DAN KILANG KONDOM TERBESAR DI DUNIA PUN DI BINA DI JOHOR .. MANTAP BIN MANTOP!!!!
Posted by OMAK KAU
MUHYIDDIN YASSIN TERUS MENJADI BISU ENGGAN ULAS PERTUKARAN CUTI NEGERI JOHOR
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi komen mengenai pertukaran cuti mingguan Johor daripada Ahad kepada Jumaat di negeri itu.

 "Ini, saya tidak mahu komen, kata beliau apabila diajukan soalan ketika sidang media selepas merasmikan penutupan latihan amal krisis siber negara 2013 (X-Maya 5) di Damansara hari ini. 

Terdapat pihak melihat pengumuman Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari keputeraannya Sabtu lalu sebagai tamparan kepada Muhyiddin  yang bertanggungjawab mengubah cuti kepada Ahad 19 tahun lalu. 

Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994 sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad di masa pentadbiran Muhyiddin.

 Muhyiddin mentadbir negeri di Selatan semenanjung itu selama sembilan tahun bermula 1986 hingga 1995.
Posted by OMAK KAU

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena