Thursday, 25 December 2014

Gergaji BOM! POLIS mengesahkan bom milik Pasukan Keselamatan M'sia...

Jumaat, 26 Disember 2014

POLIS mengesahkan bom yang meletup di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, dekat Gurun, di sini, semalam sehingga mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang anggota tentera adalah milik pasukan keselamatan.
ALOR SETAR: Polis mengesahkan bom yang meletup di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, dekat Gurun, di sini, semalam sehingga mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang anggota tentera adalah milik pasukan keselamatan.

Justeru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisoner Nashir Ya, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti bagaimana anggota tentera berkenaan memiliki bahan letupan milik pasukan keselamatan itu.

Selain itu, beliau berkata, polis juga turut menyiasat motif anggota tentera berusia 37 tahun itu cuba menggergaji atau memotong bom berkenaan, kerana ada saksi yang mendakwa melihat lelaki itu berbuat demikian di kawasan belakang rumahnya, sebelum kejadian semalam.

"Kita percaya bom yang meletup di rumah berkenaan milik pasukan keselamatan kerana beberapa serpihan bahan letupan yang dijumpai di lokasi jelas menunjukkan ia digunakan pasukan keselamatan Malaysia.

"Selain itu, pihak kami turut menemui sejumlah besar mercun yang dilarang di bahagian belakang rumah milik anggota tentera yang terkorban itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang semalam, sebuah bom dipercayai jenis mortar meletup di sebuah rumah milik anggota tentera, menyebabkan tiga maut dan dua parah, manakala lebih 40 rumah terjejas termasuk kira-kira 10 dilapor serius akibat terkena impak letupan.

Ketika kejadian, anggota tentera berkenaan, Koperal Ayob Hassim dari Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani dan bertugas di Kem Hobart, Gurun, dikatakan sedang mengubahsuai bom berkenaan sehingga menyebabkan ia meletup.

Sementara itu, sumber berkata, dua mangsa yang dilapor parah iaitu isteri Ayob, Sharifah Hasinda, 30, yang mengandung enam bulan dan jiran mereka, Zuraida Mat Robete, 30, masing-masing kritikal dan kini ditempatkan dalam pemerhatian rapi di zon merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. BERITA HARIAN

SUMBER ASAL >> http://pentekan.blogspot.com/2014/12/polis-sahkan-bom-meletup-di-gurun.html#ixzz3MwG3BRDG

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena