Tuesday, 30 December 2014

Tengku Abdullah: Guna aset k'jaan untuk menyelamat...(Sapa yg suka sgt guna aset kerajaan tuh) Menteri UmnoBN le!

Rabu, 31 Disember 2014

Sapa yg suka sgt guna aset kerajaan tuh....
Tg Abdullah tegur tu....
Jgn buat2 bodoh

Tengku Abdullah: Guna aset k'jaan untuk menyelamat

Hantar dahulu bekalan makanan bila banjir diramalkan berlaku, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Gelombang ketiga banjir dijangka akan melanda awal bulan depan, jadi eloklah bekalan makanan dihantar dahulu.

"Jangan terdesak baru hendak hantar bekalan, kemudian bagi alasan tidak boleh meredah arus deras sebab enjin bot tidak cukup laju.

"Hantar dulu makanan sebagaimana boleh dan elok periksa ramalan cuaca setiap hari dan setiap minggu supaya kita boleh hadapi sebarang kemungkinan," titah baginda.

Baginda menegaskan demikian ketika sesi taklimat banjir Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Tengku Abdullah bertitah mahukan sistem pengurusan banjir di negeri ini diperkemaskan menerusi pelan jangka pendek dan panjang.  

Menurut baginda, antara kelemahan yang perlu diatasi ialah aspek penghantaran bekalan makanan dan barangan keperluan selain sistem komunikasi.  

Baginda bertitah sistem komunikasi perlu diperbaiki dengan menyediakan saluran komunikasi rasmi daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran berita palsu menerusi laman sosial seperti Facebook dan Whats App.

Tengku Abdullah menyatakan, hanya dengan cara itu, masa dan tenaga pihak berkuasa dapat dijimatkan daripada melayan maklumat yang tidak sahih.

Ini sekali gus dapat menumpukan kepada usaha mereka untuk menyelamat dan membantu mangsa banjir.

Selain itu, baginda bertitah kajian jangka panjang juga perlu dilakukan di kawasan Pahang Barat termasuk menaiktaraf kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang hampir setiap tahun dinaiki air.

Baginda bersama anakanda Tengku Muhammad Riayatuddin Shah sebelum itu melakukan tinjauan udara tentang keadaan banjir di Temerloh.

Tengku Abdullah turut melawat beberapa pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, SMK Seri Tualang, sebelum ke Sekolah Kebangsaan Tamil serta Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar, di Mentakab.

Dalam masa yang sama baginda turut menitahkan supaya segala aset kerajaan digunakan sepenuhnya untuk memindah serta memberi bantuan kepada mangsa banjir dan bukan untuk membuat lawatan atau tinjauan.

"Jika hendak gunakan untuk melawat dan meninjau sahaja, gunakan bot sendiri," titah baginda.  

Baginda sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak menunggu saat-saat akhir.
 
"Ada kes di Temerloh mangsa tidak mahu pindah, namun apabila terdesak baru nak minta pertolongan sedangkan dalam masa yang sama bot yang ada telah sibuk dengan operasi pemindahan lain," katanya.

Bernama

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena