Monday 22 December 2014

Kedai 1Malaysia (KR1M) CEKIK DARAH duit rakyat! GST ma...Krisis Ekonomi 2015? Berhenti ENJOY!

Selasa, 23 Disember 2014


KANTOI !!!.. Harga barang di KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) lebih mahal..

Admin pergi sendiri ke Kedai Rakyat 1 M'sia utk mendapatkan bukti perbezaan harga tersebut.. TERBUKTI MAHAL !!!

Drpd pemimpin UMNO hinggalah dlm perniagaan pon NAK CEKIK DARAH DUIT RAKYAT !!!


As Salam
Krisis Ekonomi

MENJELANG 2015...BERHENTI 'ENJOY'

Jika kita melihat di wall facebook, rata2 kita masih berseronok seronok dgn rezeki yg ada. Jika terlebih mampu tidak mengapa tetapi jika cukup2 makan...cukup2lah sb kita akan melalui krisis ekonomi yg mengerikan. Ingat! Ini bukan kata2 politik tetapi ini hakikatnya.

Jika anda pekerja kerajaan, pedulikan kerana walau apa berlaku gaji anda tetap dimasukkan. Tapi jika anda pekerja swasta atau peniaga kecil dan sederhana bersiap sialah utk menghadapi hari2 yg sukar, mungkin sesukar 1997-1999 dahulu. Di mana ada General Manager menjadi pemandu teksi.

Sebelum membaca, saya mahu kalian bersihakan minda 'kepartian' yg ada utk memudahkan kalian faham tentang ekonomi negara. Pernah saya beritahu bapa mertua saya pada 2013, jika ingin menjual aset inilah masa yg sesuai. Tapi dia tak percaya kerana saya tiada Phd dalam Perakaunan...haaa.

Lebih memeritkan lagi keadaan apabila negara kita tidak diuruskan dgn baik. Ia umpama kita berniaga untung RM 30 tapi belanja sehari RM 50. Kadar pendapatan rakyat Malaysia pula tidak selari dgn kos sara hidup. Contoh 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3000 tapi kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan majoriti rakyat.

Harga Hartanah melonjak 300% kurang dari 10 tahun. Sebagai contoh rumah teres 20 x 70 pada 2003 sekitar RM150-250 k melonjak kpd 500-1 juta. Malangnya rumah yg mahal itu turut habis dijual. Siapa yg beli? Bukankah seperti ada kawalan dari pihak tertentu...wallahuallam.

Jgn lupa hakikatnya kerana akhbar Malaysia sahaja yg byk sembunyikan fakta yg benar. GDP 55 % adalah berbahaya. Peramal ekonomi berkata pada 2017...Malaysia akan berhutang sebanyak RM 700 billion..menuju ke ambang bankrapsi. Kenapa ia begitu pantas berlaku? Sb negara kita terlalu dasyat korupsinya. Org Melayu menganggap rasuah itu adalah komisen. Bila terlalu tinggi korupsi, maka dgn sendirinya nilai ringgit menjadi lemah...tiada keupayaan kita.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan utk hari hujan, atau mungkin hari ribut. Jadi apa kita perlu lakukan? Berhenti melancong ke luar negara dlm tempoh 2 tahun ini melainkan anda mempunyai simpanan yg banyak. Perbanyakkan urusan perniagaan dgn kerajaan walaupun budget kerajaan utk tujuan tersebut juga akan disekat.

Ini masa kita berhenti utk melabur utk perniagaan. Ini adalah masa kpd mereka yg mempunyai harta utk melabur dlm bidang hartanah. Harga2 rumah kedai akan jatuh, begitu juga dgn tanah.

Bagi adik2 lepasan Universiti, inilah masa kalian utk terus menyambung pengajian 'Master' atau Phd kalian. Dlm kegawatan ekonomi jika adalah amat sukar utk kalian berkhidmat dgn syarikat korporat gergasi sekalipun seperti Astro, Celcom, Media Prima dan sebagainya kerana syarikat2 terbabit sibuk utk membuang pekerjanya.

Kerana saya menulis di facebook, cukuplah setakat ini serba sedikit kita berkongsi maklumat. Selamat mengharungi hari2 yg sukar ini. Hikmahnya tentu ada...tentu ramai2 yg akan sujud memohon kpd Allah...Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena