Thursday, 25 December 2014

Rakyat habis tenggelam...PM berseronok bermain golf di Hawai!

Khamis, 25 Disember 2014

Pantai Timur Banjir, Di Hawaii, Presiden Obama dan PM Najib Bertemu Untuk Bermain Golf.



3 hrs · 
 

Kg Kesom Manir.. Terengganu
Lemas..... ermmm..

HONOLULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan cuti di Hawaii dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Mereka mengadakan perbincangan mengenai ASEAN sambil bermain golf di pengkalan armada laut, Kanehoe Bay pada Rabu, lapor portal The Washington Post.

Obama lazimnya tidak mencampurkan urusan rasmi dengan acara santai di padang golf, namun beliau menghabiskan masa bersama teman-teman lama dan wakil Rumah Putih, sesi golf Obama disertai Najib.

Jurucakap Rumah Putih memberitahu, Najib bersama Joe Paulsen dan Mike Brush bermain golf di pangkalan armada laut di Kanehoe Bay.

Ini bukan kali pertama Obama mengajak pemimpin dunia bermain golf bersamanya. Tahun lalu di Hawaii, beliau bermain bersama Perdana Menteri New Zealand John Key.

Dalam sesi pertemuan Obama dengan Najib, pemimpin nombor satu AS itu berkemungkinan turut membincangkan tentang jalinan hubungan yang lebih baik dengan Najib selepas lawatannya ke Malaysia beberapa bulan lalu.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Rumah Putih berkata: “Kedua-dua pemimpin tersebut mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. Presiden berkata, beliau menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Najib untuk tahun 2015, semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN.” Sumber : http://www.astroawani.com

Tertarik dengan ulasan ini :  
Adnan Seman Saya amat2 kecewa dgn PM Najib dan para penasihatnya... Tiada apa yg lebih penting ketika ini melainkan PM bersolidariti bersama dgn rakyat yg sedang dilanda banjir yg sgt besar dan dahsyat ketika ini.. 

PM sepatutnya menolak pelawaan Presiden Obama 
utk berseronok bermain golf atau perjumpaan apa sekalipun.. Presiden Obama pasti memahami sbb Malaysia sedang dilanda bencana besar.. 

Saya sering nyatakan bila ditanya bahawa pemimpin yg hebat adalah yg punyai kebijaksanaan tinggi menilai kesan dan akibat sesuatu keputusan yg dibuat dan bukannya bergantung semata2 kepada penasihat2 yg berkelulusan tinggi tetapi kebijaksanaannya rendah..

Pemimpin tertinggi negara wajib memiliki kebijaksanaan tinggi.. Presiden Obama ajak main golf ketika rakyat Malaysia sedang bergelut dgn banjir besar secara bijaknya akan memburukkan dan menjatuhkan PM Najib dan kesannya tentulah kpd BN.. Kenapalah dengan penasihat2 PM ni? Lihatlah bagaimana jatuhnya Presiden Bush dan Parti Republikan kerana semasa banjir besar di New Orleans akibat taufan Katrina, Presiden Bush masih bercuti di texas dan lambat bertindak..

Saya akui Tun Mahathir ada kebijaksanaan tinggi itu..

Dengan ada keputusan2 yg lemah yg PM Najib dan penasihat2nya buat sebelum ini dan ditambah dengan keputusan pergi bermain golf ketika banjir dahsyat melanda negara adalah bukti yg cukup utk saya bersetuju dgn banyak pihak bahawa sudah sampai masanya utk PM Najib berundur.. Jika tidak kesannya kita semua sudah dapat menjangka.
 Sumber Facebook POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena