SENJATA RAHSIA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DIDEDAHKAN
Cuba korang google apa hukum qaza'
Disebabkn kritikan yng meluas, akhirnya salah seorg pemain Malaysia insaf...Syabas...
Disebabkn kritikan yng meluas, akhirnya salah seorg pemain Malaysia insaf...Syabas...
comments:
- PASUKAN MALAYSIA KINI AMAT LEMAH DARI BANYAK SEGI BANYAK SUDUT. KONSISTEN TAK ADA LANGSUNG BASIC FOOTBALL FAILED.UNTUK PENGETAHUAN INI FAILED SEBAB PENGURUSAN YANG TIDAK TAHU MENGENAI BOLASEPAK.
Dicatat oleh Na'im Nikmat
ISU:
Saya ingin menggayakan style rambut pompadour. namun demikian, saya harus mencukur sebahagian rambut saya untuk tujuan itu. Jadi, apa hukumnya?
PENJELASAN:
Abdullah bin Umar melaporkan, "Rasulullah saw melarang daripada melakukan qaza'." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).
Imam al-Nawawi menjelaskan, qaza' bermaksud mencukur sebahagian rambut di kepala dan dibiarkan sebahagian yang lain. (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 1, hlm. 295). Para ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, hukum melakukan qaza' adalah makruh (al-Syirazi, al-Tanbih fi al-fiqh al-Syafi'i, jil. 1, hlm. 14; al-Syirazi, al-Muhazzab, jil. 1, hlm. 439; al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 2, hlm. 269; al-Nawawi, al-Majmu', jil. 1, hlm. 295; al-Nawawi, Raudot tolibin wa umdat muftin, jil. 3, hlm. 234; Ibn Ruslan, al-Zabad fi al-fiqh al-Syafi'i, jil. 1, hlm. 40; Zakariyya al-Ansari, Asna al-matalib fi syarh raudot tolib, jil. 1, hlm. 491; al-'Abbadi, Hasyiah al-'Abbadi 'ala al-ghurar al-bahiyyah, jil. 2, hlm. 304; Ibn Hajar al-Haytami, al-Minhaj al-qawim, jil. 1, hlm. 22; Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfat al-muhtaj, jil. 4, hlm. 119; al-Syarwani, Hasyiah al-Syarwani 'ala tuhfat al-muhtaj, jil. 4, hlm. 119; Shihabuddin al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 8, hlm. 148; Qalyubi & 'Umayrah, Hasyiata Qalyubi wa 'Umayrah, jil. 1, hlm. 333; al-Jamal, Hasyiah al-Jamal, jil. 2, hlm. 466; al-Bujairami, Hasyiah al-Bujayrami 'ala al-Khatib, jil. 4, hlm. 346)
Walaupun hukum mencukur sebahagian rambut di kepala (qaza') hukumnya makruh, namun menggayakan rambut mengikut style golongan yang kafir adalah termasuk dalam larangan Nabi Muhammad saw. Abdullah bin 'Amr melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Bukanlah dalam kalangan kami sesiapa yang menyerupai golongan selain kami. Janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Kristian." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi).
Oleh itu, sebagai umat Islam yang sayang kepada Nabi Muhammad saw dan memerlukan syafaat (bantuan) baginda di padang Mahsyar kelak, maka sewajibnya tidak meniru mana-mana gaya yang diperkenalkan oleh orang Yahudi dan Kristian.
Allah SWT memberikan peringatan bahawa Yahudi dan Kristian tidak akan sekali-kali redha dengan Nabi Muhammad saw dan umatnya, sehingga umat Islam meniru gaya hidup mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud, "Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."
Wallahu a'lam
Submitted by FatwaMalaysia
Submitted by FatwaMalaysia
0 comments:
Post a Comment