Thursday 25 December 2014

HATI-HATI ! Harimau di Zoo Taiping TERLEPAS...Musim banjir neh rasa lapar pulak...

Khamis, 25 Disember 2014


HATI-HATI !!!...

TAIPING: Dua ekor harimau terlepas dari kandangnya di Zoo Taiping di sini, pada Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi ketika pagar ke zon berkenaan masih ditutup.

Menurut sumber, dua harimau keluar kandang berkenaan tetapi satu daripadanya dapat ditangkap semula.

"Tembakan menggunakan peluru penenang berjaya menangkap harimau itu, bagaimanapun seekor lagi masih bebas," katanya.

#Pray4Pa
ntaiTimur #PulanglahNajib

comment

Wan Abdul Izzat Huru-hara negara Malaysia di penhujung 2014 sebagai ringkasan peristiwa2 sedih melanda negara kita sepanjang tahun 

Harimau Zoo Taiping terlepas ditemui semula
NURUL MAZWANA HAMDAN
Operasi memburu harimau yang terlepas digerakkan.

TAIPING – Pengunjung dan warga kerja di Zoo Taiping, hari ini gempar atas kehilangan seekor harimau belang dipercayai terlepas dari kurungan apabila kunci pintu kadang berkenaan, patah.

Kehilangan haiwan berusia 15 tahun yang diambil dari Kelantan itu disedari pekerja zoo kira-kira jam 12 tengah hari sebelum satu gerakan mencari dilakukan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, atas faktor keselamatan, pihaknya terpaksa mengosongkan dan menutup operasi zoo kepada pengunjung.

“Dalam tempoh berkenaan semua pengunjung dan kakitangan Zoo Taiping telah diarahkan mengosongkan kawasan zoo sebagai langkah keselamatan.

“Bagaimanapun, harimau berkenaan berjaya dijejaki semula di kawasan belukar belakang zoo kira-kira jam 1 petang,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, difahamkan, harimau itu terlepas selepas kunci pintu kandang yang sudah usang patah disebabkan tendangan haiwan berkenaan.
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena