Friday, 19 December 2014

NAK HERAN APA WOI! - Pakai jubah boleh...Separuh bogel pun boleh! SUKANYA DEPA...

Jumaat, 19 Disember 2014

20 hrs · 
 

MISS TOURISM INTERNATIONAL

Hebat sungguh Mukhriz Mahathir ni...sebelum ni dia dok pulun pakai jubah,tapi bab pertandingan telanjang pun dia tak abaikan juga 2 in 1...hebat sungguh....kalau tahun depan ada puak2 telanjang tu mai lagi,kompom mukhriz boleh hidangkan depa makan buah kurma segar yg bernilai 2.9 juta nanti...!!!

Tapi apa nak buat,itulah sumbangan yg jebon dah berikan kepada rakyat Kedah..!!!


Pandai Menteri ni buat alasan... cer tgk ade tak org melayu yg bertanding ?

Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi ?

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kam
i percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini.

Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan.

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Lanjutan ke > http://www.harakahdaily.net/

64 RATU PELANCUNGAN ANTARABANGSA TIBA DI LANGKAWI WALAUPUN BANTAHAN DIBUAT - SUKANYA DEPA DAPAT TENGOK RATU SEPARUH BOGEL

NAK HERAN APA WOI......DEPA KATA MACAM DIBAWAH......

Selama ni pun mmg dh ramai geng depa dok bejemoq kot belah pantai cenang tu...bkn first time kita jumpa mcm ni... depa ni adalah wakil pelancong dr negara masing2 mai sini dan blk memperkenaikan negara kita dan membawa masuk lebih ramai lagi warga negara depa ke sini sebagai tempat tarikan utama pelancong....

64 peserta Ratu Cantik Pelancongan tiba di Langkawi

Langkawi: Seramai 64 peserta Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2014 dari seluruh dunia tiba di pulau peranginan ini untuk lawatan sehari sambil mengadakan persembahan extravaganza di sebuah hotel, semalam.

Ketibaan rombongan jelitawan itu kira-kira jam 2 petang semalam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat, di sini, untuk pertandingan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, pada 31 Disember mengejutkan orang ramai di situ.

Turut serta bersama rombongan itu ialah Pengerusi Antarabangsa pertandingan Tan Sri Danny Ooi dan wakil ratu cantik negara Ranjani Rajamanickam dari Kota Kinabalu.

Sejurus tiba, kumpulan ratu cantik terbabit bergambar dengan orang ramai sebelum dibawa dengan bas ke hotel penginapan di Berjaya Langkawi Resort (BLR) di Teluk Burau, di sini.

Pengurus Perhubungan Awam BLR N Shumindhran ketika dihubungi berkata, sepanjang menginap di hotel itu kumpulan ratu cantik berkenaan akan menghadiri majlis jamuan makan malam dan mengadakan persembahan serta memperaga pakaian batik.
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena