Tuesday, 23 December 2014

Penyelamat kita kat mane? Ntahla...Duit lesap. Barang ntah mana...

Rabu, 24 Disember 2014




Ni bukan promo Astro.. ni nak bagitau dah kenapa tak istihar darurat?
1 hr · Edited · 

Tengok, sekolah di Manik Urai Kelantan. Tingkat 2 jer nampak. ( maklumat gambar tu silap ) Semua tenggelam...

Mana penguatkuasa negara kita ntahla..



Tu tingkat 2. Ni gambar hari biasa.




Ini penyamun baik punya. Duit lesap. Barang ntah mana... ingat umno ingat PENYAMUN...


 Enko Kat Mane Neh?

TINDAKAN LEWAT AGIH BANTUAN SUMBANGAN KERAJAAN EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) KEPADA MANGSA BANJIR DIKENAL PASTI


Tindakan sengaja menukar alamat dan nombor Mykad termasuk tiada nama dalam rekod antara taktik yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang ihsan banjir sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada mangsa banjir di negeri ini.

Dalam senarai yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang, terdapat 30,000 mangsa banjir di Kuantan, namun apabila permohonan mendapatkan bantuan daripada UAE dibuka, jumlah itu bertambah lebih sekali ganda hingga memaksa semakan dilakukan secara teliti. 

Wakil kerajaan negeri peringkat daerah Kuantan, Datuk Shafik Fauzan berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa panjang untuk melakukan semakan terhadap setiap borang permohonan yang diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah.

Menurutnya, borang permohonan yang diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah hanya dikhususkan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir dalam kejadian banjir besar tahun lalu. 

“Bagi mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan, permohonan mereka diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebahagiannya sudah selesai disemak, sebab itu ia mengambil masa yang lama untuk menyerahkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

“Saya berharap rakyat faham keadaan sekarang sebaliknya tidak terlalu mudah menuding jari menyalahkan kerajaan apabila berlaku kelewatan agihan wang ihsan banjir. Kita berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan semakan namun tidak berupaya,” katanya.

 Menurutnya, bagi mempercepatkan semakan, pihaknya bertindak membangunkan perisian sistem komputer baru yang dicipta oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah. 

Terdahulu, sebahagian penduduk Kuantan mendakwa sumbangan daripada Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai RM32.5 juta hanya diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang selepas mendapat teguran daripada Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.Posted by OMAK KAU!



0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena