Monday 22 December 2014

Menteri Kewangan Pakar BUAT HUTANG...Tapi macai tetap kata.. "Kalau tak buat hutang 'macamaner' negara nak maju"

Selasa, 23 Disember 2014


HUTANG NEGARA NAIK LAGI !!!
PENCAPAIAN TERBAIK PM & MENTERI KEWANGAN DALAM SEJARAH MALAYSIA !!!.. TAHNIAH Najib Razak

Pakar BUAT HUTANG...
Pakar BOROS bersama ROSMAH...

Pakar TIRIS perbelanjaan negara...
Pakar pelopor MAKSIAT...
Pakar PANDA !!!

p/s: Tapi macai tetap kata.. "Kalau xbuat hutang mcmaner negara nak maju. Hutang negara M'sia masih lagi rendah berbanding S'pore" -MACAI UMNgOK

Friends of BN - Barisan Nasional tak mahu sebarkan FAKTA ini ka !!! .. SEBARKAN.. agar rakyat tahu FAKTA INI !!!

#suararakyat #TumbangkanUMNO #ABU
More & LIKE✔ at ☛| Suara Rakyat |☚

comment:
Che Omar Tak pa rakyat Malaysia baik... Pemimpin yng macai-macai buat mcm mana pun tetap bg undi kat bn 'bangang'..... Hidup rakyat... Hidup umno... $$$$$$ disebat.. 
Rakyat wat do nooooooo...



Tak perlu bimbang, 

tahap hutang negara tak ancam ekonomi, 

kata PM 

OLEH EILEEN NG
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hutang kerajaan pada masa ini tidak menimbulkan bahaya kepada ekonomi negara. Gambar fail The Malaysian Insider.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menepis kebimbangan berhubung tahap hutang Malaysia yang tinggi, mengatakan ia tidak akan membawa kepada krisis ekonomi.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata hutang kerajaan yang pada masa ini berada pada hampir 53%, dan hutang isi rumah sekitar lebih 80%, tidak menimbulkan bahaya kepada ekonomi negara.
Malaysia merupakan salah satu negara dengan nisbah hutang/KDNK yang paling tinggi pada 52.8%, bawah sedikit daripada had yang ditetapkannya sendiri iaitu 55%, manakala hutang isi rumahnya pada 86.8% daripada KDNK, merupakan kedua tertinggi di Asia.
Ahli ekonomi memberi amaran yang Malaysia terdedah kepada kejutan dari luar kerana pelabur asing memegang 47% daripada bon kerajaan.
Negara ini juga mudah terjejas jika Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah tahun depan, satu langkah yang boleh menambah tekanan ke atas ekonomi negara.
"Jika kita bandingkan dengan negara lain, hutang kerajaan kita masih rendah dan saya tidak melihatnya sebagai satu ancaman kepada ekonomi negara.
"Bukan seperti hutang isi rumah di Amerika yang membawa kepada krisis subprima, hutang isi rumah kita ialah kerana rakyat membeli rumah, tetapi ini merupakan aset yang nilainya akan meningkat dari masa ke semasa," Najib memberitahu Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) semasa sesi soal jawab di Parliamen.
Katanya, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte yang ditemuinya semalam mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana pertumbuhan ekonominya.
"Katanya, ekonomi Malaysia jauh lebih baik dari negaranya. Dia berkata 'Saya cemburu dengan prestasi anda'," kata Najib.
Namun, beliau faham dengan kebimbangan terhadap hutang isi rumah, dan memastikan yang kerajaan akan memantaunya bagi memastikan ia tidak meningkat terlalu tinggi.
Bercakap tentang kebolehupayaan ekonomi Malaysia, Najib berkata Indeks Koefisien Gini negara, yang mengukur agihan pendapatan negara, berkurangan daripada 0.441 pada 2009 ke 0.421 tahun ini.
Jurang pendapatan di antara penduduk di bandar dan luar bandar juga menurun.
Indeks yang sama juga menunjukkan jurang pendapatan di kawasan bandar menurun daripada 0.423 pada tahun 2009 ke 0.410 tahun ini, manakala jurang pendapatan luar bandar turut menyaksikan penurunan daripada 0.407 ke 0.370 bagi tempoh yang sama.
Kadar kemiskinan juga menunjukkan peningkatan ketara, daripada 49.3% pada tahun 1950-an kepada kira-kira 1%, manakala kadar kemiskinan tegar hampir dihapuskan.
Dalam usaha mengemudi negara menjadi sebuah negara maju, Najib juga memberi jaminan kepada Datuk Ahmad Hamzah (BN -Jasin) yang Putrajaya akan terus mengukuhkan agenda Bumiputeranya.
Walau bagaimanapun, ia akan berdasarkan kelayakan dan merit.
"Mereka perlu membina keupayaan mereka supaya bantuan yang diberikan tidak sia-sia. Saya yakin pendekatan ini akan membawa hasil yang lebih baik," katanya. – 6 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena