Friday, 26 December 2014

EMPANGAN BANG LANG DI YALA Lepaskan air hari ini...Adakah air mengalir ke Golok? Kami resah menunggu...

Sabtu, 27 Disember 2014


Khabar dari teman di Yala Thailand, katanya mereka dah buka empangan Bukit Tinggi Yala sebab takut kalau-kalau empangan tu pecah akan lebih memudaratkan penduduk di sana. Buat masa ni di sana diberitakan wilayah Pattani yang paling teruk ditenggelami air.
------ - - - - -
Air mengalir di sungai Pattani -->> masuk Narathiwat -->> adakah akan ke Golok -->>seterusnya Kelantan (Malaysia) ??. Wallahualam, kalau maklumat ni salah minta betulkan. Saya cuma sampaikan, moga kita lebih berjaga jaga.

Teruskan berdoa dan bantu yang termampu, moga semua dilindungi.

---------------------------
12.39am,27/12/2014: UPDATE KESAHIHAN ALIRAN AIR SAMADA MASUK KE SG GOLOK ATAU TIDAK, boleh rujuk pada page VOICE OF PATANI yang merujuk post mereka seperti di bawah:

"Makluman.!!!
kepada Rakan2 dari Kelantan Malaysia. Berkenaan dengan pintu empangan di Banglang - Bendang Setar - Jala. Di buka melepaskan air.(kerana banyak yg menanya) Kami ingin mengesahkan bahawa air yang di lepaskan itu tidak sampai ke Kelantan atau Sungai Golok - Rantau Panjang. Talian air ini menuju ke Wilayah Patani dan terus ke laut.
Harap kepada Rakan2 dari Kelantan Malaysia jangan risau dan bimbang mengenai Khabaran ini. Melainkan ketebtuan dari Allah.
"Wassalam" Terima kasih."
---------------------------

Jika benar tidak masuk ke Golok Alhamdulillah, apapun didoakan moga saudara kita di dalam dan luar Malaysia selamat hendaknya.

OLEH : Kelab Pencinta Sejarah Kelate

PPSK : INFO BANJIR

Berita ini admin tidak dapat sahkan. Mohon warga FB pakat sahkan kesahihan berita ini. Air di empangan Bendang Setar, wilayah Yala Thailand sudah dilepaskan. Bersiap sedia wahai rakyat Rantau Panjang dan Pasir Mas!

Pintu empangan di selatan telah dibuka untuk elak empangan pecah, air akan sampai ke Yala dalam masa 24 jam, Patani dalam masa 48 jam, adik kakok di Klate bersedia untuk hadapi banjir yg lebih buruk, kawe tolong translate dari website Thai..

Gambar dr Pages Voice of Pattani.

Sebarkan untuk peringatan bersama. Air akan melimpahi Kelate melalui Sg Golok. - sumber Anak Kelate di Universiti

BERITA INI MEMANG BETUL DARIPADA LAPORAN   BANGKOK POST JUGA MENYATAKAN PERKARA TERSEBUT.    TETAPI ADAKAH AIR LIMPAHAN EMPANGAN DARI THAILAND AKAN SAMPAI KE KELANTAN, INI TIDAK DAPAT DIPASTIKAN...


Kedahkini.

Kami resah menunggu...

- dikongsi

Mintak tolonglah pihak berwajib.. tlg antar bekalan makanan kt dewan ktm kuala krai, smsyp2 kubang lebur, tmn berkat kubang lebur, semua mangsa masih blm dpt bekalan makanan. Ada penduduk kg di kawasan estet tako pun masih blm dpt bantuan.. 

Tolonglah.. Tolong berbuat sesuatu.. Dah xde ayat lg nak dikatakan, n nk digambarkan keadaan mangsa banjir skg... Pd yg berkenaan, anda sedap berada di rumah, makanan cukup, tmpt tinggal sempurna.. Knp tdk berbuat sesuatu?????? Rakyat kuala krai skg memerlukan belas ehsan anda.. Tolonglah jgn terlalu mengikut protokol.. ketepikan soal fahaman masing2.. Rakyat amat memerlukan bantuan skg.. 

Kami yg di luar ni, hanya mampu berdoa, menangis mengenangkan nasib kaum keluarga di sana. Sedih apabila kaum keluarga, kawan2 yg menghubungi meminta bekalan makanan.. Apalah kudrat kami utk membantu kaum keluarga, sahabat, penduduk yg terlibat..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena