Tuesday 30 December 2014

Terkini 21 KORBAN BANJIR & 10 MASIH HILANG! Menteri UMNO merasai 'Denyut Nadi Rakyat' yang sudah tiada!

Selasa, 30 Disember 2013

TERKINI: 21 KORBAN BANJIR DAN 10 MASIH HILANG!


TERKINI.. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sehingga kini, jumlah angka korban banjir adalah 21 orang.. Manakala sepuluh orang lagi masih hilang di seluruh negara.

TETAPI menteri2 UMNO 'relax' aja... darurat tak penting katanya...

Mohd Adha's photo.

Handphone mana! Handphone mana!??

Rupanya salah letak, belum hilang lagi dah Macam gelap dunianya sbb mcm mcm ada dlm handphone tu.. Kalau hilang mungkin darurat bagi dirinya..

Apa pulak perasaan bagi mangsa banjir yg rosak harta benda dan hilang rumah serta kematian ahli keluarga.. 

Sedih sangat.. Bila surut lihat rumah dah tiada.. Yg tinggal tangga batu je.. Innalillah..
Dekat sapa nak ngadu.. Insuran?? Rumah kampung confirm takde insuran..
Wahai yg masih boleh main keyboard, bersyukurlah kamu seadaNya.. Teruskan doa..
21 korban banjir, 10 masih hilang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sehingga kini, jumlah angka korban banjir adalah 21 orang.

Manakala sepuluh orang lagi masih hilang di seluruh negara.

Kelantan, menurutnya, mencatatkan angka tertinggi iaitu 14 kematian dan empat masih hilang.

Terengganu mencatat empat kematian dan lima masih belum ditemui.

Di Pahang pula, tiga maut dan seorang masih hilang.
Pautan kekal imej terbenam

Mangsa di K'tan, Pahang terus meningkat
Jumlah mangsa di Kelantan dan Pahang terus meningkat tengah hari ini, manakala di Perak, Terenganu dan Johor menunjukan penurunan.

Di KELANTAN mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 158,476 orang berbanding 142,582 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, jumlah tersebut melibatkan 39,328 keluarga yang di tempatkan di 317 pusat pemindahan.

Daerah Kota Baharu masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 43,558 orang di 63 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pasir Mas menempatkan 9,960 mangsa di 35 pusat, Tumpat (26,602 orang di 32 pusat), Tanah Merah (19,440 di 24 pusat), Kuala Krai (23,500 di 103 pusat), Gua Musang (13,327 di 24 pusat), Machang (8,289 di 34 pusat) dan Pasir Putih 192 di dua pusat), katanya.

Di PAHANG keadaan banjir belum menunjukkan tanda untuk pulih apabila terus mencatatkan pertambahan mangsa kepada 49,978 orang berbanding 49,369 orang pagi tadi di 261 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa pemindahan paling ramai iaitu 19,875 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah ialah Pekan sebanyak 9,960 mangsa di 39 pusat, Jerantut (6,025 orang di 59 pusat), Maran (4,351 di 32 pusat), Kuantan (3,797 di 17 pusat), Lipis (2,930 di 27 pusat), Bera (2,854 di 19 pusat) dan Rompin 186 di enam pusat).

Di PERAK, keadaan banjir menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kuala Kangsar berkurangan, menjadikan keseluruhan mangsa di negeri ini seramai 7,664 orang berbanding 7,735 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini mangsa banjir di Kuala Kangsar ialah seramai 2,050 orang daripada 539 keluarga di 22 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di kawasan Perak Tengah pula seramai 4,515 orang daripada 1,203 keluarga di 19 pusat.

Di Hulu Perak, sebanyak dua pusat pemindahan baharu dibuka, menjadikan 14 pusat pemindahan dibuka dengan menempatkan 799 mangsa daripada 215 keluarga.

Di Kerian mangsa di dua pusat pemindahan kekal 300 orang daripada 90 keluarga.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 25,775 orang berbanding 30,652 orang pagi tadi.

Ini berikutan lebih ramai mangsa meninggalkan pusat pemindahan setelah keadaan reda.

Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kini terdapat 15,918 manga di Kemaman, Dungun (9,507), Hulu Terengganu (74) dan Kuala Terengganu (276).

Di JOHOR, 153 orang melibatkan 43 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 171 orang pagi tadi di Muar, Batu Pahat, Ayer Hitam, Segamat dan Kluang.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena