Tuesday 30 December 2014

"Empangan Jajar TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" - Husam

Rabu, 31 Disember 2014

Teka teki masih lagi belum terjawab - Husam

HARAKAHDAILY | 31 Disember 2014.


KUALA LUMPUR: "Banjir pergi dengan sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya," tulis Datuk Husam Musa.

Menurut Naib Presiden PAS itu, sebahagian besar mereka dari Kuala Krai.

Beliau difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar Kuala Krai masih lagi kosong.

Justeru, katanya Kementerian Dalam Negeri wajar mengizinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula.

Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli sudah membangkitkan cadangan itu.

"Teka teki masih lagi belum terjawab. Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" tanya Husam menerusi facebooknya pagi tadi.

Kalau sebelum ini beliau memanjangkan sebutan orang kampung mengenai Empangan Jajar, ada pihak yang membetulkan.

Baginya, orang kampung mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dalam pembinaan.

Beliau menambah, ada satu lagi empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Menurutnya, info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Justeru, beliau yang juga Adun Salor memohon TNB memberikan penjelasan segera.

Kerajaan negeri juga, ujar beliau patut menubuhkan jawatankuasa menyiasat.


"Insya Allah selepas ini saya cuba dapatkan imej satelit dari sebuah stesen satelit di China. TNB mesti berani untuk telus," tulis beliau selanjutnya. 

- HARAKAHDAILY 31/12/2014

Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke tabung bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442.

atau

Dewan Muslimat PAS Pusat melancarkan Kempen Derma RM10 kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia sebagai solidariti membantu mangsa yang terlibat. Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke Akaun DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
MAYBANK : 564 025 400 711
BIMB : 1404 10100 37673

Sila nyatakan nota BANJIR utk rekod.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena