Monday 4 December 2017

[Video BILA PENYAMUN JAGA FELDA~Peneroka Tidak Mahu Di Tipu Lagi & Kisah Peneroka Felda Cahaya Baru Teraniaya & Tertipu] Umno Selangor terdesak!

Isnin, 4 Disember 2017


Image result for gambar peneroka
1,000 Peneroka Bakal Saman Felda Lagi Isu KPG.

Umno Selangor terdesak, tidak relevan, kata pemimpin PKR

Kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mantan Menteri Besar Selangor dalam Konvensyen UMNO Selangor pada Sabtu cukup menjelaskan bahawa “Langkah Kajang” tidak silap, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
Beliau berkata, walaupun keputusan memecat Khalid sebagai menteri besar ketika itu adalah dianggap sesuatu yang tidak popular tetapi hari ini ia telah terbukti.
“Ketika itu ramai yang menentang keputusan tersebut tidak kira dari kem Kerajaan ataupun kem pembangkang sendiri. Tetapi hari ini segala-galanya sudah terbukti.
“Keputusan bekas MB Selangor itu untuk membantu BN kembali menawan Selangor pada PRU 14 akan datang disambut baik oleh Umno Selangor yang kononnya diyakini dapat merealisasikan angan-angan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ini berkata, walaupun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar sendiri mengakui kehadiran Khalid itu mampu membantu BN merampas Selangor kembali.
Namun persoalannya, mengapakah pimpinan Umno Selangor ujarnya, terlalu terdesak untuk menggunakan khidmat Khalid.
“Adakah pimpinan Umno Selangor sekarang sudah tidak lagi relevan dalam mendepani kebangkitan gelombang rakyat Selangor yang merasa cukup dipeduli oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang?
“Kami di Pakatan Harapan tidak sedikit pun merasa tergugat dengan perkembangan ini, malah ianya mencerminkan kelemahan yang amat ketara di dalam pentadbiran Umno Selangor dan menjelmakan perkara sebenar iaitu kurang keyakinan untuk merampas kembali Selangor.
“Kerajaan Negeri Selangor sudah cukup terbukti mengambil peduli denyut nadi rakyat dengan pelbagai Inisatif Peduli Rakyat sehinggakan rakyat negeri lain juga mencemburui kepedulian ini,” ujarnya.
Beliau turut berkata, dapatan kajian yang dibuat oleh kakitangan pejabat wakil rakyat Kuala Langat menunjukkan bahawa 89.2 % rakyat Selangor mahu kerajaan negeri sedia ada mesti dikekalkan kerana mereka mendapat pelbagai perkongsian hasil negeri yang cukup baik.

Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena