Saturday, 30 April 2016

[Video] GULA- GULA: DAP bidas Zahid! 'Parlimen Stamping Sarawak'! MANA RM2.6 bilion...RM20 aje untuk hadir ceramah BN?

Ahad, 1 Mei 2016

Page Liked · 6 hrs

Kuching... Parliament of stamping s ' why you! Kahkahkahkah

Page Liked · 7 hrs


U HELP ME! I HELP U!
Page Liked · 11 hrs
# 1 SAPU SARAWAK. PLS TAG & SHARE. TQ


DAP bidas Zahid umum peruntukan jika BN menang

Calon DAP Senadin Baru Langub menuduh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba merasuah pengundi selepas menawarkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada sebuah sekolah jika BN menang di kawasan itu.
"Penggunaan sumber negara yang jelas oleh Ahmad Zahid untuk mendapatkan balasan daripada pengundi menimbulkan kecurigaan rasuah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mempersoalkan jika Ahmad Zahid telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Semalam, Ahmad Zahid yang berada di Miri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi dua buah sekolah dalam kawasan Pujut.
Bagaimanapun, beliau berkata sekolah lain dalam kawasan Senadin akan mendapat RM500,000 jika BN menang pilihan raya itu.
Pujut dan Senadin, bersama dengan kawasan Piasau, membentuk kerusi Parlimen Miri.
Dalam ucapannya malam tadi, Ahmad Zahid juga menafikan ikrar beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan pilihan raya.
Baru bagaimanapun menolak penafian Zahid yang mengatakan ia bukan gula-gula pilihan raya.
Beliau juga mengkritik Ahmad Zahid kerana menggunakan masa depan pelajar bagi tawar-menawar politik.
Calon SUPP dari BN Lee Kim Shin menang tipis di kerusi Senadin pada pilihan raya 2011, dengan meraih majoriti 58 undi terhadap PKR.
Lee akan berdepan DAP di kawasan majoriti Cina kali ini selain seorang lagi calon, Filemon John Edan dari PBDS Baru.

Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena