Tuesday, 26 April 2016

AMANAH yakin DAP & Keadilan mampu cari penyelesaian terbaik! "Pembangkang Kuat, Sarawak Selamat"..."Udah-Udah Gik!".

Selasa, 25 April 2016
KENYATAAN MEDIA
PRN SARAWAK: AMANAH YAKIN DAP, KEADILAN MAMPU CARI PENYELESAIAN TERBAIK
1. Amanah sangat mengharapkan pemimpin DAP dan Keadilan di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.
2. Saya yakin pemimpin DAP dan Keadilan berupaya melakukan yang tebaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan Malaysia.
3. Saya juga berkeyakinan penuh bahawa dengan fikiran waras jalan penyelesaian terbaik dapat dicari supaya Pakatan Harapan dapat merealisasikan harapan rakyat di Sarawak dan seluruh Malaysia.
"Harapan Baru"
"Udah-udah gik!
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
26 April 2016
Beliau tidak menghiraukan umur dan kedudukannya demi bersama-sama membantu memenangkan AMANAH di Sarawak.#HarapanBaru

ARiF Perak berarak ke pusat penamaan Calon Dun Sebuyau.
Kenyataan Pusat Media Parti Amanah Negara PRN Sarawak Ke-11 (No 2)
1. Amanah kesal kerajaan negeri Sarawak di bawah pentadbiran BN gagal menyelesaikan masalah hak milik tanah rakyat. Masalah pemilikan geran tidak selesai walaupun diperjuangkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Kebanyakan calon Parti Amanah yang bertanding mendapat aduan daripada para pengundi yang tidak berpuas hati dengan isu ini.
2. Selain isu hak milik tanah, masalah perumahan rakyat juga menjadi kebimbangan besar para pengundi. Contohnya di Muara Tuang, para pengundi mengadu kerajaan negeri kurang ambil peduli untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang sesuai.
4. Di Dun Kabong, antara isu besar dan kritikal adalah berkaitan bekalan air bersih kepada penduduk. Insiden perbalahan juga didakwa sering berlaku berpunca daripada perebutan air bersih ini. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan kehidupan seharian malah juga menimbulkan suasana tidak harmoni antara mereka.
5. Isu kenaikan kos hidup khususnya selepas perlaksanaan GST sangat membebankan rakyat khususnya di Sarawak. Kajian Malaysia's Millenium Development Goals Report 2015 yang diterbit bersama Unit Perancang Ekonomi, JPM Feb 2016 mendapati:
a) Golongan berpendapatan rendah Bawah 40% (B-40) didapati paling terbeban dengan GST.
b) Walaupun pendapatan purata isi rumah B-40 naik 12.9% kepada RM2,537 sejak 2009, perbelanjaan juga naik 79% daripada pendapatan kepada RM2,015.
c) Kajian juga mendapati lebihan pendapatan isi rumah menurun daripada RM522 ke RM400 sejak pelaksanaan GST.
Inilah antara bahana perlaksanaan GST kepada rakyat yang akhirnya menyebabkan rakyat tersepit.
"Udah-Udah Gik!".
"Pembangkang Kuat, Sarawak Selamat"
Dr Mohamad Bin Jolhi
Pengarah Pusat Media
Parti Amanah Negara
PRN Sarawak Ke-11.
26hb April 2016.

1 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena