Wednesday 27 April 2016

"Maseh adekah semangat reformasi Anwar didada kita"? Spekulasi terus bertiup dari negeri penyu.

Rabu, 27 April 2016
Page Liked · 8 hrs~Lihatlah susuk tuboh ini. Maseh tesenyum walau diperlakukan bebagai cara untok mematikan karier politiknya. Dulu segak begaya, skrg daa berubah rupa. Aduhaiiii.. bile pakat ade sedikit kuase, pakat lupe dah jase2 beliau walaupon maseh ade. Maseh adekah semangat reformasi beliau didada kita..? Tepok dada tanye selera. Hmmmm...
Page Liked · 26 mins
 
Sapa2 yg tak puas ati, sila keluar dr Malaysia.. World champion tu.. bangganya..

Spekulasi?

Page Liked · 19 hrsKalu betol berat 66 r mung razif...puiii

Spekulasi terus bertiup dari negeri penyu

Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abd Rahman
Pelbagai spekulasi terus bertiup susulan tindakan sultan melucutkan semua darjah kebesaran menteri besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Ini termasuk cubaan mengaitkan langkah itu dengan penawaran pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi Zakir Zaik bagi kerja-kerja dakwahnya.
Free Malaysia Today antaranya mengaitkan perkara itu dengan memetikChina Press.
Zakir (gambar) sebelum ini berceramah di Terengganu dan dilapor mengislamkan seorang pelajar Kristian 19 tahun.
Bagaimanapun, syarahan Zakir dilaporkan Free Malaysia Today tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerana dikhuatiri penceramah luar itu mungkin menyebarkan ajaran sesat.
Bagaimanapun, portal pendukung Datuk Seri Najib Razak MYKMUmembangkitkan apa yang cuba disampaikan melalui laporan itu.
“Pada hemat penulis (MYKMU), perkara-perkara sedemikian boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk melaga-lagakan rakyat dengan institusi raja-raja Melayu.
“Untuk apa laporan sedemikian dihebahkan? Apakah ia bertujuan untuk menyemarakkan amarah dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Tuanku Sultan Terengganu?” soalnya.
MYKMU menyebut, jika Razif sendiri mampu berjiwa besar menerima pelucutan gelarannya, pihak lain tidak perlu campur tangan dan memandai-mandai.
“Yang pasti, kita tidak mampu untuk menghalang pihak-pihak yang gemar menangguk di air yang keruh.
“Jangan biarkan benih-benih anti-monarki dan anarki berputik, kerana kelak nanti ia bakal meruntuhkan tiang-tiang seri yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.
Dalam pengisytiharan pelucutan gelaran Razif sebelum ini, istana menyebut ia “tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu”.




Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena