Thursday 26 April 2018

[Video Parti Warisan Sabah, rakyat mahu perubahan!] Betoi ka UmnoBN nak pertahankan nasib orang Melayu? Apa dah jadi dengan tanah bumiputera di Johor pun boleh ditukar! Veteran tentera sedih Najib gadai ribuan hektar tanah ATM.

Jumaat, 27 April 2018

Foto Rafizi Ramli.
Pertahankan nasib orang Melayu apa?! Kalau status tanah bumiputera di Johor pun boleh ditukar sewenang-wenangnya untuk keuntungan sesetengah pihak? 
Hasil carian imej untuk gambar Veteran Tentera
Timbang semula pencen veteran.

Veteran tentera sedih Najib gadai ribuan hektar tanah ATM

Veteran tentera sedih Najib gadai ribuan hektar tanah ATM

Berkongsikan pertemuannya dengan bekas pegawai tinggi tentera di Lumut, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sabu memberitahu golongan tersebut sedih dengan pentadbiran Najib yang menggadai tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurutnya, pesara tentera terbabit turut mengakui pendedahan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz baru-baru ini tentang seluas 40,000 hektar tanah tentera yang sudah tergadai.
“Tadi (petang kelmarin) kami berdialog dengan veteran tentera di hadapan kem tentera di Lumut.
“Bekas-bekas Jeneral dan bekas tentera berpangkat besar datang mendengar amanat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Mereka memberitahu apa yang didedahkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz lebih 40,000 hektar tanah angkatan tentera digadai oleh Najib Tun Razak,” katanya dalam ceramah Jelajah Harapan di Parit, Perak.
Terdahulu, Pengerusi PH, Tun Mahathir hadir dalam program dialog bersama veteran ATM berlangsung di Restoran Azmi Tomyam, Teluk Muroh pada sebelah petangnya.
Dalam program itu, bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander (B) Nordin Ahmad Ismail, 52, diumum sebagai calon PH.
Selanjutnya, Presiden AMANAH menyoal kira-kira 10,000 hadirin di Seri Iskandar malam itu tentang siapa sebenarnya yang menggadai tanah milik tentera dan rizab Melayu.
“Adakah DAP yang gadai tanah angkatan tentera? DAPkah yang jual tanah-tanah rizab Melayu?
“Hei, Melayu. Sampai bila kita nak kena tipu dengan Umno ini? Tentera amat bersedih apabila kem tentera Sungai Besi juga digadai oleh kerajaan Najib,” tegasnya.
Berbeza di London contohnya, Mohamad berkata, taman awam bersejarah di Hyde Park baik dipelihara tidak tergadai.
“Tanah Hyde Park itu cukup mahal di tengah-tengah kota London tetapi ianya jadi warisan negara, dipelihara sudah ratusan tahun sampai sekarang ini.
“Sepatutnya, kerajaan memelihara tempat bersejarah seperti Lapangan Terbang Sungai Besi.
“Pemerintahan Najib adalah ABJJ – apa boleh jual, jual! Bankrap negara kita nanti di tangan Najib ini,” tegasnya lantang spontan disambut sorakan ‘betul’ oleh ribuan hadirin pelbagai kaum.
Sehubungan itu, Mohamad mengingatkan masyarakat Melayu di Perak supaya tidak terperdaya dengan pembohongan Umno-BN.
“Orang Melayu Parit, orang Melayu Pasir Salak, orang Melayu Sungai Manik yang terkenal dengan pahlawannya dan orang Melayu di sekitar ini, jangan tertipu dengan dakyah propaganda Umno-BN,” tegasnya lagi.
Sementara itu, siaran langsung Jelajah Pakatan Harapan di Parit melalui Facebook dilihat mendapat sambutan tinggi dari pengguna internet apabila mencecah sehingga 18,000 tontonan.
Untuk rekod, Parlimen Parit (P069) terdiri daripada 93 peratus pengundi Melayu daripada 33,368 pemilih berdaftar merangkumi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Belanja dan Bota.
Pada PRU-14 ini, calon PH bagi P069 diwakili Tarmizi Mohd Jam dari AMANAH yang bakal bertembung sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan calon BN Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.
Ribuan penduduk menghadiri ceramah sempena Jelajah Harapan di kawasan parlimen Parit.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena