Thursday 26 April 2018

[Video AJK DAP Pulau Pinang ditangkap, bebas lepas 2 jam] Dicekop tika buat laporan polis pasai video 'berita palsu'? PH menang, Khamis Jumaat cuti! Jom Balik Mengundi.

Jumaat, 27 April 2018

Foto Anwar Ibrahim.
Nakal!

Foto Anwar Ibrahim.
Barisan Najib (BN) susahkan proses pembuangan undi. Biar Pakatan Harapan perbetulkannya. PH menang, khamis jumaat cuti. Jom Balik Mengundi!
Dicekop tika buat laporan polis pasai video 
Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam pergi ke ibu pejabat polis di Jalan Patani untuk memberi keterangan mengenai klip video anti-DAP. 

Bagaimanapun, apabila beliau tiba di ibu pejabat polis itu pada hari Selasa lalu, beliau ditangkap dan diarahkan melalui prosedur OKT (orang kena tangkap). 

"Saya hanya pergi ke sana untuk beri keterangan saya selepas laporan polis dibuat mengenai video itu," katanya kepada Malaysiakini. 

"Tetapi polis menahan saya, saya diarahkan menurunkan cap jari saya dan gambar saya diambil," tambah Chew, yang merupakan timbalan pengurus besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. 

Namun, Chew tidak tergugat dengan kejadian itu, berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang membolehkan penangkapan itu. 

Polis sita telefon bimbit.

"Mereka membiarkan saya pergi selepas dua jam," kata Chew, 50 Polis menyita telefon bimbitnya. 

Menurut peguam RSN Rayer, polis sedang menyiasat Chew di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Chew ditahan selepas ahli majlis Bandar Raya Pulau Pinang, Grace Teoh Koon Gee membuat laporan polis mengenai video berdurasi 59 saat itu pada 23 April lalu. 

Klip video yang menyinggung itu menunjukkan rakaman yang mengatakan undi untuk PKR bermakna undi bagi "pemimpin DAP rasis, hak-hak LGBT, nepotisme, kronisme, campur tangan asing serta pemansuhan hak dan sistem beraja Bumiputera". 

Gambar pemimpin HARAPAN, termasuk Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan gambar hartawan George Soros, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, serta ahli perniagaan Vincent Tan dipaparkan dalam video tersebut. 

Rakaman itu kemudian menyorot ke imej kertas undi dengan tanda pangkah yang ditandakan di dalam kotak logo BN. Pada awal video itu, tanda pangkah telah ditandakan di dalam kotak lambang PKR. - mk 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena