Tuesday, 24 April 2018

[Video Transformasi Pulau Pinang Dalam 10 Tahun Je!] Zenith mahu saman pihak sebar 'berita palsu' projek terowong P Pinang.

Rabu, 25 April 2018
Hasil carian imej untuk Terowong bawah laut penang

Zenith mahu saman pihak sebar 'berita palsu' projek terowong P Pinang


Zenith Consortium (CZC), kontraktor utama dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang hari ini berkata akan menyaman pihak yang membuat spekulasi atau menyebarkan "berita palsu" berhubung syarikat atau projek itu.
Dalam kenyataan hari ini, lembaga pengarah syarikat itu berkata ia susulan projek dan syarikat itu dijadikan bahan politik oleh "pihak tidak bertanggungjawab" kebelakangan ini.
"Sebagai badan perniagaan bukan politik, CZC menghormati kritikan membina yang diberikan dengan niat baik berdasarkan fakta dan angka.
"Namun, dikesali kerana tuduhan bermotifkan politik dilemparkan tanpa henti kepada CZC oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Tuduhan seperti itu, yang prejudis dan tidak mempunyai bukti, menyebabkan keraguan terhadap projek ini. CZC mahu fakta dan kebenaran tentang projek ini ditegakkan.
"CZC mengulangi bahawa sebarang spekulasi, sindiran, atau serangan terhadap CZC atau projek ini oleh mana-mana pihak adalah fitnah. CZC akan memfailkan saman terhadap pihak seumpamanya yang menyebarkan berita palsu dan maklumat palsu berhubung CZC dan/atau projek ini melalui media, termasuklah media sosial dan medium lain," kata kenyataan itu.
Syarkat itu menekankan pihaknya diberikan projek berkenaan melalui tender terbuka dan menegaskan komitmen untuk meneruskan projek.
"CZC komited memastikan pelaksanaan penuh projek ini kepada klien kami," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena