Friday, 27 April 2018

[Video Mana lagi utama? HUKUM KELUAR PAS & BINCANG MASALAH RASUAH] Mahfuz mahu saman Herman Sanuddin@‘Herman Samsudeen’ RM500 ribu.

Jumaat, 27 April 2018

Mahfuz mahu saman Herman Sanuddin RM500ribu

“Saudara Helman Bin Sanuddin, tunggu saman saya RM500 ribu dan bersedia di mahkamah nanti. Jangan hanya kerana seronok menabur cerita, kelak menyusahkan diri terpaksa bergolok bergadai mencari RM500 ribu.”
Itu tindakan yang akan diambil oleh Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar, apabila namanya dikaitkan menerima tajaan daripada Umno.
Beliau menganggap ia sebagai satu fitnah menafikan tuduhan seorang penguna laman sosial yang mendakwa Mahfuz mendapat tajaan selama dua penggal pilihan raya dan tajaan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.
Dalam kenyataan hari ini Mahfuz berkata, tulisan pemilik laman facebook yang dikenali sebagai ‘ Herman Samsudeen’ seorang yang dikenalinya.
“Pada 21 April 2018 saya dihujani mesej melalui applikasi whatsapp dan panggilan telefon dari ramai kenalan berkaitan satu tulisan daripada seseorang yang menggunakan nama ‘Herman Samsudeen’.
“Tulisan oleh “Herman Samsudeen” mendakwa dan menuduh saya menerima tajaan daripada pimpinan Umno sebanyak RM60k dalam kempen pilihan raya 2008 dan 2013 .
“Lebih dari itu ‘Herman Samsudeen’ juga mendakwa perkahwinan anak perempuan saya pada 2016 juga ditaja oleh pemimpinan Umno sebanyak RM40,000.
“Saya tahu dan kenal siapa ‘Herman Samsudeen’ ini,” ujarnya.
Menurut Mahfuz, pemilik laman facebook itu adalah kakitangan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di dalam Pas ujarnya, Herman adalah ‘Ketua Psywar Pas Wilayah Persekutuan. Pernah memimpin Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.
Semua tulisan fitnah beliau dimuatnaik di applikasi facebook milik beliau yang menggunakan nama “Herman Samsudeen”.
Justeru calon AMANAH bagi kerusi Pokok Sena pada PRU14 ini berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘Herman Samsudeen’.
“Saya menafikan semua dakwaan di dalam tulisan “Herman Samsudeen” tersebut dan telah mendapatkan nasihat dari peguam saya untuk tindakan undang-undang.
*Ini merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan kepada saya bagi menjatuhkan kredibiliti, mencacatkan dan mencemarkan nama baik serta reputasi saya ketika pilihanraya umum ke-14 semakin hampir.
“Saudara “Herman Samsudeen” tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran dan “tanda soal”. Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Tindakan undang-undang akan diambil seberapa segera tanpa perlu menunggu selepas pilihan raya.” ujarnya.
Herman Samsudeen dalam tulisannya meminta Mahfuz mengesahkan apa yang didengari.  Sebagaimana dalam tulisanya dipetik berkata : “Saya nak tanya Mahfuz, sementelah mendengar berita dari rakan-rakan diutara, saya antara percaya atau tidak.
“Saya ingin meminta beliau mengesahkan bahawa benarkah ada pemimpin Umno yang menaja dana kempen beliau di Pokok Sena pada PRU 2008 dan 2013 bernilai RM60 ribu? Dan semasa perkahwinan anak perempuan beliau pada 2016, benarkah ada pemimpin Umno sekali lagi menaja sebanyak RM40 ribu? Duit-duit ini dibayar kepada akaun peribadi beliau tanpa dilaporkan pada parti. Untuk apa pemimpin-pemimpin Umno itu memberikan sumbangan peribadi kepada beliau? Miskin sangat ke beliau sehingga perlu mengemis duit Umno macam tu?
“Saya hanya bertanya untuk mencari jawapan supaya saya tidak dikelirukan antara fitnah dan fakta. Jika ianya fitnah, semoga Allah beri hukuman yang setimpal pada orang yang fitnah beliau. Jika benar, tapi Mahfuz masih berbohong, biarlah Allah tentukan nasib beliau selepas ini,” ujarnya.
MD.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena