Thursday 26 April 2018

[Video Sah! Husam, Takiyuddin bertembung di Kota Bharu] Najib Okay ke? Berapa tahun lagi nak bayar GST! Tiga penggerak jentera pilihan raya Pas Dun Kelaboran keluar parti.

Jumaat, 27 April 2018

Foto Pinky Pinky.


Tumpang sekole.

Tiga penggerak jentera pilihan raya Pas Dun Kelaboran keluar parti

Biarpun baru mengumumkan senarai calonnya semalam, Pas Kelantan menerima tamparan apabila tiga pemegang jawatan utamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).
Mereka ialah ketua pemuda Dun Kelaboran Mohd Saifullah Che Mat, setiusaha Dun dan setiausaha Jentera Pilihan Raya Dun Kelaboran.
Mohd Saifullah yang juga seorang peguam mengisytiharkan diri keluar daripada Pas jam 2 petang tadi dan menyatakan pendirian menyokong PH.
Pas malam tadi mengisytiharkan bertanding di semua 14 kerusi parlimen dan 45 kerusi Dun di Kelantan.
Perisytiharan dibuat presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah masing-masing kekal mempertahankan kerusi Dun Pasir Pekan dan Panchor.
Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diberi laluan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian manakala setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.
Selain itu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan serta Siti Zailah Mohd Yusoff masing-masing mempertahankan kerusi parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena