Thursday, 26 April 2018

[Video Orang Gombak ceria jumpa Azmin & Hargai Kesungguhan Tun M Berjuang Bersama Pakatan Untuk Perubahan] BAHAYANYA MENGUNDI BN! Semua mesti balik mengundi, jangan tak balik!

Jumaat, 27 April 2018


Foto Azmin Ali.

Selepas SPR buat ‘hal’ umum hari Rabu sebagai hari mengundi, pelbagai inisiatif diusahakan bagi memastikan rakyat balik mengundi. Ini tanda demokrasi rakyat Malaysia subur. Ramai ada kesedaran mahu tentukan sendiri masa depan negara. Antaranya ialah https://www.pulangmengundi.com/

Masa depan negara di tangan anda semua, terutamanya anak muda. Semua mesti balik mengundi, jangan tak balik!

Untuk bagi naik semangat, saya share foto#throwback ni masa saya muda dulu-dulu 


Berikutan harga minyak kekal tidak berubah sejak 5 minggu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Johari Ghani menyatakan ia adalah kerana kenaikannya ditangguhkan buat sementara waktu.

Kata beliau, penangguhan kenaikan dilakukan oleh Najib Razak walaupun berdepan tekanan peningkatan ketara harganya di peringkat global.

Walaupun Johari tidak menyebut sebab-sebab kenaikan itu ditangguhkan buat sementara, tetapi tidaklah sukar menjangka bahawa ia tentulah dilakukan kerana pilihanraya akan diadakan pada 9 Mei depan.

Jika bukan kerana adanya pilihanraya - berani potong jari - mustahil Najib sanggup menangguhkan kenaikan harga petrol itu.
Apakah makna di sebalik tindakan Najib menangguhkan kenaikan petrol ini?

Pertama, tindakan Najib ini dengan sendirinya menolak dakwaan kerajaan sebelum ini bahawa harga pasaran  petrol dan diesel tempatan adalah ditentukan oleh harganya di peringkat antarabangsa kerana negara kita dikatakan mengamalkan sistem apungan harga.

Kata pemimpin-pemimpin kerajaan sebelum ini, harga minyak tempatan akan naik jika harganya menaik di pasaran dunia dan sebaliknya akan turun kalau harganya menurun di peringkat antarabangsa.

Jika betul harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia, bagaimanakah Najib ada kuasa menangguhkan kenaikannya?

Bukankah ini bermakna rakyat selama ini seolah-olah ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan demi untuk kerajaan menghalalkan kenaikan harga minyak sedangkan sebenarnya mereka ada kuasa untuk menangguh atau tidak menaikkan harganya jika ia terlalu tinggi atau membebankan rakyat?

Kedua, sehingga ini kenaikan harga minyak sudah ditangguhkan sejak 5 minggu yang lalu dan jika penangguhan kenaikan itu dilakukan sehingga 9 Mei iaitu hari pengundian, bermakna kenaikan harga minyak ditangguhkan selama 7 minggu.

Dalam kenyataannya, Johari ada menyebut penangguhan itu dilakukan Najib meskipun berdepan tekanan kenaikan ketara harga minyak di peringkat global.

Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sepanjang 5 minggu yang lalu dan mungkin berterusan sehingga minggu ke 7, penangguhan sementara itu adalah dilakukan di sebalik harga pasaran minyak dunia sedang meningkat naik.

Ini bermakna, ada kemungkinan kenaikan harga minyak sejak 7 minggu adalah dikumpulkan dan dinaikkan sekaligus selepas 9 Mei nanti.

Sekarang ini, harga pasaran tempatan petrol Ron95 ialah RM2.20 dan jika dicampurkan dengan kenaikan yang dikumpulkan tetapi ditangguhkan itu, apabila penangguhannya ditarik balik selepas 9 Mei, tidak mustahil harga petrol ketika itu bakal mencecah RM2.50 atau RM2.70 seliter.

Tidakkah ini bermakna jika Najib, UMNO dan BN terus berkuasa selepas 9 Mei, suatu robekan ganas lagi bahaya sedang menanti poket semua rakyat yang memiliki kenderaan?

Jika Najib terus diberi mandat baru selepas 9 Mei nanti dan beliau menaikkan harga minyak kepada RM2.50 atau RM2.70 seliter, waima sehingga RM3.00 seliter sekalipun dengan alasan kenaikan sebelum ini telah ditangguhkan dan sekarang ia sudah berakhir, apakah lagi yang mampu rakyat lakukan untuk membantahnya?

Maka itu, sebelum kita keluar mengundi pada 9 Mei nanti, fikirkan baik-baik kesan penangguhan sementara yang diberikan Najib sekarang ini serta akibat buruk daripadanya selepas tempoh penangguhan itu berakhir sekiranya BN terus kekal berkuasa.

Sekarang mungkin kita diseronokkan dengan harga minyak yang tidak naik-naik, tetapi harganya pasti akan meningkat dengan mendadak sebaik saja penangguhan itu ditarik balik oleh Najib.

Masihkah  kita mahu mengundi BN lagi pada 9 Mei nanti atau memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan yang  menjanjikan kestabilan harga minyak dengan mengembalikan subsidi bersasar adalah suatu kewajaran yang tidak harus diabaikan? (ShahbudinHusin 27/04/2018)

2 comments:

Doyan Main said...

Main Slot gratis tanpa deposit??

Klik >>>>>>> slot online gratisan

Ayo Segera Daftar Akun Bermain Anda..Gratiss..

Klik >>>>>>> Daftar Slot

Hubungi Segera:
WA: 087785425244
Cs 24 Jam Online

Sheila Lopita said...

Rumus Angka - Angka Prediksi Terjitu Anda Disini..Angka Bocor

Kumpulan Buku Mimpi 2D, 3D, 4D Disini Lengkap Dengan Gambar

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena