Sunday, 22 April 2018

[Video Pakcik Tanya Azmin Ali Terangkan Fakta sebenar Isu Air Diputar Belit TV3 Kroni BN] Saya kekal bersama PKR, kata Tian Chua & UMNO SUDAH MULA BERGOLAK...Berita baik kepada PH untuk lebih mudah menumbangkan Najib, Umno & BN.

Ahad, 22 April 2018


Depa dah sekapai!
No automatic alt text available.

UMNO SUDAH MULA BERGOLAK..


Calon-calon UMNO di seluruh negara untuk pilihanraya 9 Mei depan, kecuali untuk beberapa negeri, dijangka akan diketahui secara rasminya bermula hari ini.

Pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO/BN dijadualkan akan menyerahkan tauliah yang ditandatangani oleh Najib Razak sebagai calon PRU 14 di negeri masing-masing. 

Bagi yang terpilih sebagai calon, individu berkenaan sudah pun dihubungi dan dimaklumkan secara rasmi,  begitu juga dengan mereka yang digugurkan sebagai calon turut diberitahu mengenainya pada semalam (Sabtu).

Keadaan ini menjadikan UMNO dan BN di beberapa negeri sudah mula bergolak kerana wujud perasaan tidak puas hati dengan calon yang dipilih atau berasa kecewa kerana digugurkan, terutamanya bagi yang baru sepenggal menjadi wakil rakyat.

Di Wilayah Persekutuan, gelombang pergolakan sekurang-kurangnya berlaku di tiga kawasan Parlimen - Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Tun Razak.

Di Wangsa Maju, penyokong dan ahli UMNO berasa sangat tidak puas hati kerana kerusi itu diserahkan kembali kepada MCA, meskipun Ketua UMNO Bahagian, Mohd Shafei Abdullah didakwa sudah bekerja sejak lebih empat tahun lalu untuk memastikan BN dapat menawan semula kawasan tersebut.
Berikutan kekecewaan itu, ramai di kalangan mereka yang mengambil keputusan tidak mahu keluar mengundi, di samping sebelum ini jentera Pemuda UMNO Wangsa Maju sudah pun menurunkan poster dan kain rentang lambang dacing serta menghentikan serta-merta gerak kerja kempen pilihanraya mereka.

Keadaan ini bukan saja memberi potensi kepada calon Pakatan Harapan mengekalkan kerusi itu, malah tidak mustahil dengan majoriti yang lebih besar melebihi 5,511 sebagaimana yang dicapai dalam pilihanraya 2013 yang lalu bagi tujuan agar calon UMNO dapat bertanding semula di Wangsa Maju dalam pilihanraya 2023 nanti.

Di Setiawangsa, pergolakan dan rasa tidak puas hati mula memuncak sejak semalam berikutan Ahmad Fauzi Zahari yang baru sepenggal menjadi Ahli Parlimen telah digugurkan dan digantikan dengan Zulhasnan Rafique yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebelumnya.

Keadaan ini menjadikan ramai penyokong UMNO tidak faham dengan sifir politik Najib yang menggantikan calon muda dengan calon yang lebih tua, malah merupakan calon kitar semula.
Apakah Najib tidak mahu sokongan pengundi muda dan di mana janjinya untuk memberi lebih peluang kepada orang muda, kata seorang ahli UMNO Setiawangsa.

Lagi pun, bukankah Najib juga yang menggugurkan Zulhasnan pada pilihanraya 2013 lalu, kenapa kali ini dipilih semula, kata seorang lagi pemimpin UMNO cawangan di Setiawangsa.

Selain merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan kini adalah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Di Bandar Tun Razak, pemilihan Adnan Seman sebagai calon turut menimbulkan rasa tidak puas hati pucuk pimpinan UMNO bahagian kerana beliau dilihat tidak memegang jawatan kanan dalam parti di peringkat bahagian, sebaliknya hanya mengetuai sebuah cawangan saja.

Ada yang mempersoalkan, jika pun UMNO tidak mahu memilih Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar sebagai calon berikutan isu penangkapannya di sebuah kelab malam baru-baru ini, bagaimana dengan pemegang jawatan parti yang lain?

Adakah semua pemegang jawatan utama sedia ada dalam UMNO tidak layak untuk dipilih sebagai calon, tanya mereka.

Dengan ini, tidak mustahil Adnan berhadapan dengan kesukaran dalam gerak kerja kempennya kerana sokongan dan kerjasama mereka terhadapnya mungkin tidak seratus-peratus sebagaimana mereka sudah bekerjasama dengan Rizalman sejak lebih empat tahun yang lalu.

Lebih dari itu, ada juga yang mempertikan pemilihan Adnan kerana beliau didakwa pernah menyarankan agar Najib berundur sebagai Perdana Menteri dalam sebuah program televisyen tidak lama sebelum ini berikutan skandal 1MDB yang dihadapinya.

Di negeri-negeri lain juga pergolakan yang hampir sama turut berlaku. Di Negeri Sembilan, ada wakil rakyat sedia ada membayangkan akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan jika namanya digugurka sebagai calon.
Ini kerana beliau dikatakan tidak puas hati dengan cara pucuk pimpinan UMNO memaklumkan kepadanya bahawa namanya digugurkan kerana "ratingnya"  dilaporkan menurun di kalangan pengundi.

Wakil rakyat itu dikatakan berhujah dengan mempertikaikan siapa yang menyediakan laporan tersebut, sambil mempersoalkan adakah "rating"  pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, termasuk Najib, kian meningkat di hati pengundi?

Di Kedah, juga berlaku rasa tidak puas hati berikutan seorang wakil rakyat yang dikaitkan ada mempunyai hutang dan sedang membayar bulanan yang tinggi kepada sebuah bank tetapi dipilih untuk bertanding semula dalam piliharaya kali ini.

Kami jadi tak faham bagaimana UMNO kali ini memilih calon-calonnya, kata seorang pemimpin pemuda di negeri itu.

Adalah dijangka, lebih banyak bahagian dan negeri akan berdepan dengan pergolakan yang sama di hari-hari seterusnya nanti. 

Semua ini, bagaimanapun adalah berita baik dan suatu kelebihan kepada Pakatan Harapan untuk lebih mudah menumbangkan Najib, UMNO dan BN bersama gelombang perubahan yang kian membuak-buak di seluruh negara. (ShahbudinHusin 22/04/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena