Saya Tidak Kecewa Isu Penamaan Calon, Tetap Yakin Pakatan Harapan Menang & Proses Penamaan Calon Paling BURUK!
Majlis Peguam desak SPR, Polis tarik balik syarat tidak wajar
Majlis Peguam desdak tarik balik syarat tidak adil untuk pastikan pilihan raya berjalan lancar.
Majlis Peguam Malaysia mendesak SPR menarik balik peraturan baru yang dikemukakan badan pengendali pilihan raya Malaysia itu.
Presiden Majlis Peguam, George Varughese dalam satu kenyataannya hari ini berkata, syarat tambahan minit-minit terakhir yang dibuat oleh SPR itu tidak wajar.
“SPR telah memberikan penjelasan yang tidak kukuh ketika memberikan sebab-sebab di sebalik syarat tambahan ini tanba merujuk kepada pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya.
Bagi Majlis Peguam, ia dibuat untuk memberikan kelebihan kepada parti politik tertentu.
Majlis Peguam juga, katanya, mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan tentang syarat notis 10 hari untuk mengadakan kempen politik itu.
“Majlis Peguam mendesak SPR dan polis menarik balik syarat yang tidak perlu dan tidak adil yang mengganggu proses pilihan raya ini,” katanya.
MD.
0 comments:
Post a Comment