Wednesday 25 April 2018

[Video DR HATTA Kebangkitan rakyat Parlimen Parit & RAKYAT GELISAH, RAKYAT DUKACITA! Ahli MyPPP mengamuk! Tak masuk tv3 ke?] Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU! Pulak?

Khamis, 26 April 2018

Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU


Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata gambar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh digunakan dalam bahan kempen tetapi hanya di kawasan yang ditandingi BERSATU.
Menurut akhbar Sin Chew Daily, pegawai itu berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara parti itu, yang mana Mahathir adalah pengerusinya.
"Sebagai pengerusi BERSATU, sudah tentu (gambarnya) boleh digunakan (dalam bahan kempen)," katanya seperti dipetik.
Penjelasan itu susulan syarat tambahan SPR untuk PRU kali ini, antaranya menyatakan parti politik hanya boleh menggunakan gambar dua pemimpin utama parti - presiden (atau setaraf dengannya) dan timbalan presiden (atau setaraf dengannya) - dalam bahan kempen di kawasan yang ditandingi mereka.
Pemimpin HARAPAN mengkritik keras syarat tambahan itu dan mendakwa ia bertujuan menghalang penggunaan gambar Mahathir dalam bahan kempen parti komponennya.
'Anwar dan Lim Kit Siang dilarang'
Bagaimanapun gambar Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga dilarang untuk digunakan.
"Ini kerana mereka tidak dipilih melalui pemilihan parti. Syarat tambahan SPR (menyatakan) hanya (gambar) dua pemimpin tertinggi boleh digunakan dalam bahan kempen, mereka mesti dipilih melalui pemilihan parti.
"Anwar hanya penasihat, bukan presiden atau timbalan presiden," katanya lagi, sambil berkata larangan itu turut terpakai pada Lim.
Laporan itu juga menyatakan penggunaan gambar dua pemimpin daripada parti berbeza, misalnya Mahathir dan Wan Azizah, pada bahan kempen yang sama, juga dilarang.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah baru-baru ini dilaporkan berkata, syarat tambahan diperkenalkan bagi menjamin kempen berjalan secara aman dan tidak mengelirukan pengundi.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena