Tuesday 24 April 2018

[Video Azmin Ali: Kalau Selangor Tak Adil, Mengapa Ramai Orang Kelantan Datang Selangor] Najib jual pantun? Dua tiga Perdana Menteri Mana nak sama si kleptokrasi seorang & Melayu usah bimbang DAP tak mampu robek ISLAM dibumi MALAYSIA.

Rabu, 25 April 2018

Image may contain: 1 person, smiling, text

DUA TIGA KUCING BERLARI. MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG..

Dua tiga Perdana Menteri
Mana nak sama si kleptokrasi seorang

Adat berpantun,.Bila dijual secara terbuka, ramailah yang membeli

Antara yang hebat berpantun tentulah Rais Yatim.. tali barut dan tukang jawab  tukang kipas nampaknya dah belajar sesuatu, terdiam terus...
Posted by 

DAP tak mampu robek ISLAM dibumi MALAYSIA melainkan mendapat KEBENARAN MAJLIS RAJA-RAJA

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/majlis-raja2.jpg

5 Perkara Dalam Perlembagaan Yang TIDAK BOLEH DIUBAH oleh 222 Kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) Dan Oleh Mana-Mana Parti Sekalipun Yang Membentuk Kerajaan KECUALI Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja.

MENJAWAB POLITIK PROPAGANDA "INSTILL FEAR" UMNO PAS YANG MEMBERI GAMBARAN ANCAMAN TERHADAP MELAYU - ISLAM.

● Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hanya untuk Perkara-Perkara Perundangan (Legislative), bukannya Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan.

● Pindaan Perlembagaan yang telah berlaku pada tahun 1983, 1984 dan 1994 terhadap Artikel 66 (4) dan (4A), adalah berkaitan Had Masa Kuasa Untuk Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang.

● Sebelum (Pindaan), ia adalah Tanpa Had Tempoh, manakala Selepas (Pindaan) Had Masa 30 Hari telah ditetapkan sebagai Tempoh Had Maksimum Sesuatu Undang-Undang Boleh Ditangguhkan.

● Ramai pihak yang tersalah anggap bahawa Kuasa Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang Tanpa Had Masa ini sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sebenarnya, ia hanya satu tradisi, resam (convention) dan mengikut pertimbangan yang waras.

● Kuasa Veto atau Kuasa Membuat Kata Putus oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah pada Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan.

● Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (5) Perlembagaan Persekutuan.

● Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas.

● Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada *Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan*, dalam memperkatakan tentang Kuasa Veto itu tadi.

● *Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan menyebut*

"Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini *tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.*

● Apakah perkara-perkara itu ?
1. Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan
2. Hak Istimewa Raja-Raja Melayu
3. Hak Istimewa Orang Melayu
4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
5. Hak Pengisytiharan Darurat.

● 5 Perkara ini sudah terpahat kemas di dalam Perlembagaan. Ia TIDAK BOLEH DIUBAH sekalipun diluluskan 100% oleh 222 orang Ahli (Kerusi) Dewan Rakyat dan tidak kira parti mana yang akan memerintah atau membentuk Kerajaan KECUALI mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti yang disebut di dalam Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan.

● Justeru, segeralah berhenti daripada terus memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya orang-orang Melayu dan Islam.

● PRU14 adalah perihal memilih Calon dan Parti mana yang bersedia menawarkan Dasar, Program dan Khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara. Bukannya masa untuk memilih agama ataupun bangsa.

*In GOD we Trust,*
*CHANGE we Must.*
*Dirgahayu Malaysia !* 🇲🇾

#AkuDanKamu
#BangkitDanUbah
#KitaAnakMalaysia
#ItsAllAboutU
#UndiUntukUBAH
#SokongHarapanUndiKeADILan
#RakyatMestiMenang
#BinaHarapanMalaysia

🅰🅰🅰
*Aiman Athirah Al Jundi*
23 April 2018

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena