Monday 23 April 2018

[Video Wan Azizah umum calon PRU14 PKR Selangor] PKR akhirnya umum nama calon di Selangor & Bekas pengerusi BERSIH Maria Chin parlimen Petaling Jaya.

Isnin, 23 April 2018

PKR akhirnya umum nama calon di Selangor

Majlis ceramah Pakatan Harapan di Kuala Selangor pada malam ini asalnya diuar-uarkan bakal menjadi pentas buat PKR mengumumkan calon mereka untuk Selangor.
Namun semalam berlaku 'ribut kecil' apabila tersebar khabar angin mendakwa senarai yang sudah disediakan itu tidak memuaskan hati sesetengah pihak dalam parti berkenaan.
Justeru petang tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menegaskan setakat pengetahuan beliau ceramah pada malam ini tidak akan melibatkan pengumuman calon.
Namun keadaan berlaku sebaliknya. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah membuat pengumuman nama-nama calon yang ditunggu-tunggu itu satu demi satu.
Azmin sendiri kekal di dua kerusi yang ditandinginya sebelum ini iaitu Gombak (parlimen) dan Bukit Antarabangsa (dewan undangan negeri), manakala Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga kekal di Ampang.
Bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah pula diletakkan di kerusi parlimen Petaling Jaya.
Seorang lagi naib presiden PKR dan bekas exco Selangor Xavier Jayakumar dipindahkan dari DUN Seri Andalas ke kerusi parlimen Kuala Langat.
Pegawai khas kepada menteri besar Selangor Hilman Idham adalah antara muka baru yang diketengahkan oleh PKR kali ini. Dia diletakkan untuk bertanding di Gombak Setia.
Sebelum ini media melaporkan Azmin mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan penyusunan tokoh yang akan disenaraikan sebagai calon parti berkenaan pada PRU ke-14 pada 9 Mei ini.
Memetik kenyataan Azmin, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan bekas setiausaha Anwar itu tidak tahu-menahu mengenai cadangan PKR mahu mengumumkan calon mereka.
"Dengan kata lain, jika perbincangan selesai malam ini kita boleh umumkannya. Namun setakat pengetahuan saya (program) malam ini hanya aktiviti kempen," katanya.
Berikut adalah senarai kerusi dan calon yang dibacakan Dr Wan Azizah sebentar tadi.
Parlimen:
  • Hulu Selangor: Leow Hsiad Hui
  • Selayang: William Leong
  • Gombak: Azmin Ali
  • Ampang: Zuraidah Kamaruddin
  • Subang: Wong Chen
  • Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah
  • Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah
  • Kapar: Abdullah Sani
  • Kuala Langat: Xavier Jayakumar
  • Dewan undangan negeri:
    • Sungai Panjang: Mohd Fauzi Ahmad
    • Permatang: Rozana Zainal Abidin
    • Bukit Melawati: Sivamalar Ganapathy
    • Ijok: Idris Ahmad
    • Rawang: Chua Wei Kiat
    • Sungai Tua: Amiruddin Shaari
    • Gombak Setia: Hilman Idham
    • Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
    • Lembah Jaya: Hanisza Talha
    • Kajang: Hee Loy Sian
    • Seri Setia: Najwan Halimi
    • Taman Medan: Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
    • Bukit Lanjan: Elizabeth Wong Keat Peng
    • Kota Damansara: Shatiri Mansor
    • Kota Anggerik: Shaharuddin Badarudin
    • Batu Tiga: Rodziah Ismail
    • Sementa: Daroyah Alwi
    • Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri
    • Sentosa: Dr Gunaraj George
    • Sungai Kandis: Shuhaimi Shafiee
    • Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah
    • Paya Jaras: Mohd Khairudin Othman
    • Sementara itu Dr Wan Azizah sempat menitipkan pesan kepada semua penyokong PKR supaya menerima keputusan yang diambil bagi menghadapi PRU ke-14 ini.
      "Apabila kita menghadapi PRU akan datang, ada juga (nama) yang tercicir, ada juga yang tidak terpilih.
      "Jangan lupa (kepada) pengorbanan ramai untuk kita sampai ke tahap ini.
      "Mungkin ada mungkin tidak tercatat, mungkin ada yang terasa, mungkin ada yang kehilangan, namun kita nak kemenangan, betul tak?" katanya.
      Dianggarkan kira-kira 5,000 orang memenuhi Stadium Mini Kuala Selangor semasa ceramah itu berlangsung.
    • Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena