Melangkah secara bermaruah..
Makcik aku call dan wassap dari pantai dalam..
"Parti najib razak bagi tar baru sampai depan rumah, minyak masak sebotol.. Makcik akan balas budi baik last minitnya, pangkah PH"
Alasan: semua tu datang bukan dari koceknya.. Duit derma pun sudah dipulangkan"
Itulah politik rakyat masakini, perasaan marah dan rasa terhina apabila harga undi rakyat begitu murah di kacamata najib.
"Parti najib razak bagi tar baru sampai depan rumah, minyak masak sebotol.. Makcik akan balas budi baik last minitnya, pangkah PH"
Alasan: semua tu datang bukan dari koceknya.. Duit derma pun sudah dipulangkan"
Itulah politik rakyat masakini, perasaan marah dan rasa terhina apabila harga undi rakyat begitu murah di kacamata najib.
SPR banyak buat peratoran baru tetapi tidak termasuk larangan sogokan seperti ini?
Posted by Kluangman
Mahkamah tolak permohonan bubarkan Umno
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan 16 anggota Umno yang "dipecat" terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966 terpakai, di mana ahli tidak boleh membawa pertikaian parti ke mahkamah.
"Oleh itu permohonan itu ditolak tanpa kos," katanya.
Beliau berkata walaupun terdapat keputusan dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd dan Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, ia tidak terpakai kepada parti-parti politik.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa notis rayuan akan difailkan.
Memetik Seksyen 18C, yang dibangkitkan oleh Pejabat Peguam Negara dalam bantahannya, Hakim Kamaludin berkata keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, atau oleh perlembagaan atau peraturan atau peraturan yang dibuat, adalah muktamad dan konklusif, dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau menentukan apa-apa saman, permohonan, persoalan atau prosiding atas apa-apa alasan mengenai kesahihan keputusan itu.
Dalam kes Indira Gandhi dan Semenyih Jaya pada awal tahun ini dan tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa di bawah Perkara 121 (1) kerana kebebasan kehakiman dan pemisahan kuasa diiktiraf sebagai ciri dalam struktur asas perlembagaan.
"Bidang kuasa mahkamah sivil di bawah Perkara 121 (1) tidak dapat dipisahkan dengan peranan perlembagaan sebagai mekanisme semak dan imbang.
"Mahkamah tertinggi Malaysia menetapkan bahawa kuasa eksekutif dan badan perundangan dibatasi oleh perlembagaan dan badan kehakiman bertindak sebagai benteng perlembagaan dalam memastikan bahawa kuasa eksekutif dan badan perundangan hendaklah dipelihara dalam had yang ditetapkan," katanya ketika memetik penghakiman Indira Gandhi dan Semenyih Jaya.
Bagaimanapun, Hakim Kamaludin berkata setelah mempertimbangkan kes Indira Gandhi dan Semenyih Jaya, kes-kes tersebut dalam pandangannya berbeza dengan permohonan ini.
"Mahkamah Persekutuan, secara umum, mengingatkan pihak berkepentingan bahawa kuasa kehakiman hanya tertakluk dalam mahkamah, dipelihara oleh peruntukan perlembagaan untuk memastikan kebebasan kehakiman dan pemisahan kuasa diiktiraf sebagai ciri dalam struktur asas perlembagaan .
"Kes-kes ini tidak berkaitan keputusan parti politik mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan hal ehwal parti dalam Seksyen 18C Akta Pertubuhan.
"Saya tidak boleh mengabaikan keputusan yang dibuat dalam kes ROS vs Justin Jinggut (2013) yang dengan jelas tidak mengiktiraf bidang kuasa mahkamah daripada mencampuri sebarang pertikaian antara anggota parti politik," katanya.
Menurutnya, Seksyen 18C dengan jelas mengecualikan bidang kuasa mahkamah berhubung keputusan dibuat parti politik.
Atas alasan ini, Hakim Kamaludin menolak permohonan bekas anggota Umno berkenaan.
Terdahulu, seramai 16 anggota Umno yang dipecat parti itu memfailkan cabaran mereka pada Jumaat lalu, diketuai seorang ketua cawangan Umno, Salihudin Ahmad Khalid.
Salihudin, yang hadir di mahkamah hari ini memberitahu pemberita bahawa beliau dan anggota Umno lain kecewa dengan keputusan parti itu memecat mereka.
Beliau berkata tidak menerima apa-apa pemberitahuan daripada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa mereka dipecat.
"Kami memfailkan permohonan itu pada 20 April dan notis pemecatan kami bertarikh 21 April.
"Oleh itu, kami mempunyai kedudukan undang-undang dan akan meneruskan cabaran dengan merayu keputusan hari ini," katanya.
malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment