Otai BERSIH
Ada Pemimpin ISMA..PAS dok ceramah sana sini, kata slogan Rahmatan Lil A'lamin ni agenda Liberal.. takdak dalam Islam..Pagi tadi dalam ucapan Titah YDP Agong mendokong usaha memperkasakan Islam dengan slogan Rahmatan Lil A'alamin..
Jadi sekarang ni macam mana ? kalau ikut logik kelompok Ashabiyah ISMA ngan PAS hangpa nak tuduh YDP Agong sokong Liberal..? Boleh ker kita kata pemimpin Ashabiyah ISMA dan PAS cuba Hina, lawan dan mengfitnah YDP Agong..?
Pendekatan ‘rahmatan lil alamin’ dan maqasid syariah sesuai untuk model Malaysia, titah YDP Agong
Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dipraktiskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut baginda, usaha kerajaanPH untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin dilihat sesuai dengan konsep negara negara Islam berbilang kaum.
“Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia.
“Seterusnya menjadi model Malaysia iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar,” titah Baginda dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen Ke-14, sebentar tadi.
Konsep ‘rahmatan lil alamin’ telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran melalui ayat 107, Surah al-Anbiya’ yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.
Ulas baginda lagi, seruan-seruan perpaduan hendaklah tidak tinggal sebagai slogan semata-mata, sebaliknya, semangat perpaduan dan usaha perlu benar-benar disuburkan dengan ikhlas dan dihargai.
“Beta menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, terutamanya yang menyentuh sistem demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,” titah baginda lagi.
Malah titah baginda, tindakan tegas hendaklah diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.
2 comments:
tde apa nk di herankan...sejak zaman nabi lagi dah ujud golongan khawarij...kerja dia melabel itu dan ini....zaman Nabi Musa lagilah teruk...
puak khawarij ni tetap dia kata dia yg betul walaupun mkn rasuah dan berbohong..
Ya...puok khawarij ni perasan, mereka je yg betul dan org lain di luar drp klik mereka, semuanya salah.
Hinggakan bercakap lebong pun ditakrifkan wajib, dan ada nombor keahlian geng mereka tu sgt2 beruntung krn nombor itu sebagai tiket ke sorga!!!
Begitu la kehebatan mereka!!
Post a Comment