Monday 5 August 2013

Empayar Langkasuka Nusantara datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara

Isnin, 5 Ogos 2013
Istana Negara


Kumpulan Panji Hitam datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara 
Istana Negara:  LEBIH kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur. Kumpulan ini terdiri seramai lapan orang lelaki dan dua wanita berpakaian serba hitam, menaiki tiga buah kereta.

Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan dibuat oleh OCS Travers terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.
Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P) mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan Johor.
Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat.
(sumber FB adminRF / gambar AAKJ)
MNH

10 individu dakwa pewaris Agong ditahan polis
Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

“Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
“Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers,” katanya kepada pemberita, di ibu negara.

Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).
Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.
Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. – Bernama

PENTING!! Empayar Langkasuka Nusantara




7 comments:

zach said...

Aku rasa diorang nih stim syabu dan candu lebih lar, berangan tak sudah. Bodoh giler pada yang mengaku sultan tu, bangang 7 keturunan yang tak habis.

trouble g's said...

Haha,dieorang ni buat lawak gila.Nak tuntut tahkta konon.Lawak...lawakk..

Unknown said...

aku rasa diorg ni tiada kepuasan dalam hubungan suami isteri kot..x pun tgk dvd banyak sangat...lain mcm je bunyi nya..igt ms kecik2 dlu..slalu main2 cmni...lawak gler..masuk raja lawak ni conform dapat cantas jozan

Unknown said...

jawapan korang smua salah....sebenarnya merekalah golongan yg gila takha.sebab,ari2 mkn ubi kayu....nk mrasa gak mkn daging panggang cecah keju.....

Unknown said...

Parti ajaran sesat ni...hisap ganja,candu lagi2 pil kuda....Nama merongmahawangsa tu nama buddha la

Jeff said...

Ketum power ni

bodoh said...

Sebenarnya orang yang komen lebih gila dan mabuk. Seronok no bercakap? Takda rasa beban ke bercakap tu?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena