Sunday, 18 August 2013

Patutnya Nadim ni diletakkan di Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar aje! - AJK PAS Pusat

Ahad, 18 Ogos 2013
Pegawai khas kementerian pelencongan?
Photo: Pegawai khas kementerian pelencongan..kah kah kah..bravo umno!!

Hidup melayu!!!

Hidup umno!!!

Hidup melayu!!!

Hidup umno!!!
Pegawai khas kementerian pelencongan..kah kah kah..bravo umno!!
Hidup melayu!!!
FB King Jason

Umno Parlimen Padang Rengas "beli insuran". Umno lain bila pulak!
KUALA KANGSAR 50 PEMUDA UMNO KAMPUNG SERI DESA DUN CHENDEROH ISTIHAR KELUAR PARTI DAN MENYERTAI PKR.MAJLIS RINGKAS YANG DIADAKAN DIDEWAN KAMPUNG SERI DESA DIHADIRI OLEH KETUA AMK PERAK DR MEOR AHMAD ISHARRA BIN ISHAK,CALON PARLIMEN PADANG RENGAS..
PEMUDA UMNO KECEWA DAN HILANG KEPERCAYAAN KEATAS KEPIMPINAN PARTI UMNO CAWANGAN KAMPUNG BELURU DAN SEDAR PARTI YANG MEREKA SERTAI SEBELUM INI PENUH DENGAN FITNAH DAN PENIPUAN.MEREKA JUGA DIANAK TIRIKAN OLEH PEMIMPIN CAWANGAN TERSEBUT...Dicatat oleh TheSniper
Gambar Berucap
FB Pusat Khidmat Masyarakat,
Parlimen Kuala Kangsar


Pelantikan Nadim: Kenapa tidak letak di pusat khidmat?

Penjelasan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung pelantikan anaknya di kementerian itu masih belum cukup meleraikan persepsi negatif yang timbul sebelum ini.

Biarpun Naib Presiden Umno itu mengatakan anaknya, Nadim Mohamed Nazri tidak dibayar gajinya dengan wang kerajaan, sebaliknya dengan wang saku Nazri sendiri, masih terdapat persoalan yang perlu dijawab.


Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata alasan Nazri yang mengatakan gaji anaknya tidak dibayar kerajaan, dan tidak terlibat dengan kerja-kerja kementerian hanya menimbulkan persoalan lain berkaitan pelantikan tersebut.

"Dijelaskan pelantikan Nadim itu tidak melibatkan kerja-kerja kementerian, sebaliknya khusus untuk program di kawasan parlimen menteri tersebut, iaitu Kuala Kangsar.

"Jika benar Nadim dipilih untuk fokus kepada program di parlimen beliau, kenapa tidak diletakkan Nadim di Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar, yang secara khusus bertugas untuk tujuan tersebut?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu percaya, Nazri telah tersilap dalam perbuatannya namun beranggapan masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Sebelum ini, Nazri mengundang kontroversi apabila mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pelantikan anaknya itu adalah pelantikan tidak rasmi dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.

Tindakan Nazri itu mengundang respons pelbagai pihak yang menyifatkan perkara seperti itu tidak harus berlaku bagi memastikan ketelusan dalam sesebuah pentadbiran.
omakkau.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena