Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya...
Sirul secara rasmi keluar penjara
Mahkamah Rayuan pada hari Jumaat lalu menggariskan bahawa Sirul dan tertuduh pertama Cif Insp Azilah Hadri dibebaskan dari tuduhan berkenaan memandangkan pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri tidak ditampilkan sebagai saksi.
Sirul dalam kenyatannya dari kandang tertuduh telah menyebut bagaimana beliau dijadikan “kambing hitam” oleh polis untuk dikorbankan demi memelihara rancangan pasukan tersebut.
Terdapat pengakuan bertentangan dan tidak konklusif mengenai penemuan satu jaket hitam dan barang kemas milik Altantuya dalam jaket tersebut, penghakiman itu dipetik.
Tengku Maimun juga menyatakan, tiada keterangan yang konklusif mengenai kata-kata yang disebut oleh Sirul berhubung penemuan jaket tersebut.
Hakim itu berkata, Sirul dalam keterangan menyebut bahawa pegawai polis yang mendakwa barang kemas itu disimpan dalam jaket berkenaan telah meminta tertuduh memegang jaket tersebut untuk rakaman gambar, sebanyak dua kali.
"Pegawai polis yang sama mengeluarkan beberapa barangan daripada jaket yang sama dan meletakkan ke atas katil sebelum memaksa (Sirul) menunjukkan, dengan jari, ke arah kesemua barangan tersebut sebelum gambarnya dirakam.
"Perayu kedua dengan itu menyatakan bahawa polis meletakkan barang kemas itu di rumahnya,” katanya.
Mahkamah turut mengambil kira fakta bahawa kunci rumah tersebut dipegang oleh anggota polis sebelum pencarian untuk jaket berwarna hitam dibuat dari dalam almari yang tidak berkunci di bilik Sirul yang tidak berkunci, kata hakim tersebut.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment